Semakin dilaung misi ke arah profesional semakin banyak pula isu yang meragui kredibiliti badan induk bola sepak negara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan penganjur saingan liga Malaysian Football League (MFL).

Isu tunggakan gaji bukan perkara baru, namun usaha yang di lakukan FAM-MFL sejak beberapa bulan lalu hanya menangguk di air yang keruh.

Apa yang dihadapi pemain Perlis ketika ini umpama jawapan kepada kredibiliti sebenar pihak di tiga penjuru termasuk pengurusan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) sendiri yang semakin ‘pening kepala’ mencari jalan selesai pembayaran gaji pemain seperti yang telah dijanjikan.

"Perlis FA akan bayar tapi tak boleh janji bila."

Tegas Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal Shaifit, yang terus memberikan kenyataan positif tapi hasilnya amat meragukan.

Bagaimanapun, janji seperti itu sudah cukup untuk menambah keraguan dan sehingga kini tiada jaminan diberikan pihak pengurusan dengan pembayaran yang sudah melewati 2 bulan tepat.

Jika dalam kontrak tarikh akhir kemasukan gaji pada 7 haribulan, masih belum ada sebarang khabar gembira dari pemain Perlis berhubung kemelut yang dihadapi mereka.

Lebih haru, saingan liga musim 2019 baru melewati usia satu minggu.

Tunggu apa pula nak jadi masuk minggu kedua ni?