Saingan Formula Satu (F1) musim 2016 melabuhkan tirai 27 November lalu dengan menyaksikan pelumba Mercedes AMG Petronas, Nico Rosberg, muncul juara dunia buat julung kali dalam kariernya.
Ia sekali gus mengulangi pencapaian bapanya, Keke, yang turut meraih pencapaian yang serupa pada tahun 1982.
Kejayaan ini menyaksikan Rosberg menyekat hasrat rakan sepasukannya, Lewis Hamilton, yang memburu gelaran dunia keempatnya musim ini.
Secara keseluruhan, Rosberg yang memenangi sembilan perlumbaan musim ini mengumpul 385 mata berbanding hanya 380 mata yang diraih oleh Hamilton.
Namun, Hamilton memenangi lebih satu perlumbaan berbanding Rosberg di samping mengumpul petak hadapan terbanyak musim ini.
Malah empat perlumbaan terakhir musim ini turut dikuasai pelumba kelahiran Britain itu tetapi tidak memadai untuk memintas Rosberg.
Penulis berpandangan kegagalan Hamilton untuk menamatkan perlumbaan di Sepang memberikan peluang buat Rosberg untuk mengekalkan pendahuluan di samping lebih menambahkan tekanan kepada Hamilton.
Sementara itu, pasukan Mercedes juga tidak mempunyai sebarang cabaran untuk kategori pengeluar apabila mudah mengunggulinya dengan mengumpul 765 mata, jauh dibezakan dengan pencabar lain seperti Red Bull yang menduduki tempat kedua hasil kutipan 468 mata.
Buat tahun ketiga berturut-turut, saingan F1 didominasi Mercedes dengan pasukan-pasukan lain gagal untuk beri saingan yang setanding dengan mereka.
Lantas musim 2017 harus menyaksikan kebangkitan pasukan seperti Red Bull, Ferrari dan juga McLaren untuk mencabar takhta yang dimiliki Mercedes agar ia tidak terus dilabel "membosankan" selain mewujudkan persaingan yang lebih sengit di kalangan pelumba.
Buat Mercedes sendiri mereka memastinya akan "pening kepala" kerana mereka kini mempunyai dua juara dunia yang pastinya akan cuba untuk atasi antara satu sama lain.
Akhir sekali kepada Rosberg, herzliche glückwünsche!
Syamil Izwan Azizan
Wed Nov 30 2016


Mbappe stays at PSG: The numbers behind his career in the capital so far
Kylian Mbappe has decided to stay at Paris Saint-Germain, leaving Real Madrid disappointed.

BREAKING NEWS: Mbappe stays at Paris Saint-Germain and turns down Real Madrid
Kylian Mbappe was expected to join Real Madrid, but Paris Saint-Germain's efforts to keep him have proved a success.

US PGA Championship: Tiger Woods endures miserable third round
Tiger Woods had a third round to forget at the PGA Championship, carding 79 to extinguish any hope of success in Tulsa.

Mbappe deal will 'make things change at PSG' as Leonardo, Pochettino futures questioned
PSG have reportedly agreed a contract renewal with Kylian Mbappe that Jerome Rothen thinks will lead to big changes at the club.

Capitals fall to Mumbai to hand RCB final IPL play-off spot
Royal Challengers Banglore will be playing in the IPL play-offs after Delhi Capitals failed to beat Mumbai Indians on Saturday.

Kerber edges tight contest to win Internationaux de Strasbourg, Trevisan triumphs in Morocco
Angelique Kerber was made to work hard for victory in the Internationaux de Strasbourg final, beating Kaja Juvan in three sets.

Giro d'Italia: Yates not satisfied despite thrilling stage 14 win as Carapaz takes maglia rosa
Simon Yates was seen as a general classification contender before this year's Giro d'Italia but has not been pleased by his performance.

Ruud awakens to retain Geneva Open title, Norrie wins in Lyon
Casper Ruud had to break Joao Sousa's serve to avoid defeat and fought back to retain his Geneva Open crown on Saturday.

Mourinho: The Europa Conference League is Roma's Champions League
Roma are preparing for the Europa Conference League final with Feyenoord as Jose Mourinho aims for more European silverware.

Hamilton 'gutted' by P6 but thinks Mercedes can challenge Ferrari in Spain
Mercedes have taken a step forward so far in Barcelona and Lewis Hamilton hopes they can now compete with the Ferraris.