Mungkin ada yang terkejut dengan pemilihan Perlis yang terkenal dengan Laksa sebagai destinasi berikutnya buat Dollah.Bagi penulis yang mengenali Dollah ia bukan satu kejutan kerana Dollah punya sikap positif walau membimbing pasukan kurang ternama.Bagi penulis Perlis bakal muncul pasukan yang akan digeruni berdsarkan beberapa faktor.Pertama barisan pemain muda yang sememangnya amat disukai Dollah, Kedua Dollah seorang " Fighter" dan ketiga ​magis Dollah dan sokongan peminat Singa Utara untuk musim baru nanti.

Dengan 8 bekas pemain yang membawa Perlis muncul Naib Juara Liga FAM telah menandatangani kontrak baru bersama dan bakal ditambah dengan 4 import berkualiti tugas Dollah dilihat mungkin akan lebih mudah untuk membawa pasukan.
Bagi penulis cuma satu yang sangat dibimbangi iaitu keupayaan majikan Dollah untuk memastikan tiada tonggakan gaji akan berlaku dimusim baru nanti.Semua gara gara apa yang telah dilalui sebelum ini.Penulis bimbang Dollah sempat makan Laksa Kola 2 kali saja.

Jadi bagi memastikan Laksa Kola terus dihati suami Kak Yan​,​pihak pengurusan harus letakkan aspek gaji ini sebagai keutamaan nombor satu buk​a​n saja untuk Dollah malah untuk tentera​-​tentera Dollah.Bekas pembantu Dollah di kem pasukan kebangsaan iaitu ​saudara Wan Mustapa dijangka akan bertindak selaku penolong Dollah.

Kepada Penyokong Qhempoh Perlis Qhempoh​,​tahniah ker​a​na kembali semula dalam kerancakan bola​ ​sepak Malaysia.Apa yan​g​diharapkan Stadium Tuanku Syed Putra akan kembali diwarnai dengan warna kuning biru sepanjang Liga M Musim depan.