Novak Djokovic menyifatkan corak permainannya dalam pusingan pertama menentang Marcel Granollers adalah lapuk dan tidak bermaya.

Djokovic berjaya menewaskan pemain berasal dari Sepanyol, Granollers, 6-3, 6-4, 6-2 untuk layak ke pusingan seterusnya, namun menegaskan gaya permainannya memerlukan sentuhan baru.

Dia mahu memanipulasikan masa bersama jurulatih, Andre Agassi, dalam usaha memantapkan gaya permainannya dalam kejohanan Terbuka Perancis.

Pemain nombor dua dunia itu tampak tidak tergugat dalam perlawanan pusingan pertama, namun sering kali melakukan kesilapan mudah untuk memberi ruang buat Granollers.

Dia tahu pasti ada peluang untuknya memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan sebelum turun menentang Joao Sousa dalam perlawanan seterusnya.

"Saya mahu memulakan perlawanan dengan cemerlang, seperti apa yang saya selalu lakukan sebelum ini.

"Contohnya, dalam set ketiga, saya begitu teruk sehingga sering terlepas mata, terutama menerusi pukulan servis,” kata Djokovic.

Djokovic memberitahu Agassi akan meninggalkan Roland Garros pada hujung minggu ini, oleh itu dia pasti tidak akan membazirkan setiap masa yang ada untuk bersama legenda Amerika itu.

"Saya akan gunakan masa ini sebaik-baiknya untuk mendapatkan segala ilmu dan meningkatkan gaya permainan saya,” ujar Djokovic.