Sejauh ini gambaran kasar ini masih di atas kertas tapi ia bakal menjadi realiti berpandukan projek pembangunan semula Kompleks Sukan Negara yang bakal ditransformasikan sebagai Kuala Lumpur Sports City atau Kota Sukan Kuala Lumpur.
Mercu tanda KL Sports City tentu sekali Stadium Nasional, yang sudah mula dimamah usia sejak dibuka 17 tahun lalu apabila Watson Nyambek membakar trek dengan catatan 10.30 saat yang masih lagi bertahan sebagai rekod kebangsaan acara pecut 100 meter lelaki pada kejohanan olahraga pra-Sukan Komanwel, Julai 1998.
Projek yang bernilai RM1.6 bilion itu akan dibangunkan oleh Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), menerusi anak syarikatnya, Rukun Juang Sdn Bhd (RJSB).
Dalam taklimat kepada wakil media Selasa lalu, Pengarah Eksekutif MRCB, Mohd Imran Tan Sri Mohd Salim, berkongsi pelan pertumbuhan semula kawasan itu yang dibahagikan kepada dua fasa – Projek 1 menjelang Sukan SEA 2017 dan Projek 2 yang akan dimulakan awal 2018.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Azman Fahmi Osman dan dua wakil Populous, Paul Henry dan Brett Wightman.
Populous adalah pakar reka bentuk stadium yang terbabit dalam pembinaan taman Sukan Olimpik London 2012, Stadium Sukan Asia Incheon 2014 di Korea Selatan, pembesaran Etihad Stadium di Manchester, dan stadium baharu untuk kelab bola sepak Tottenham Hotspur FC di utara London.
Dalam Projek 1, kerja pembangunan RJSB turut membabitkan Stadium Putra, Pusat Akuatik Nasional dan Stadium Hoki Nasional, mengambil kira kemudahan bersepadu termasuk laluan pengangkutan awam sedia ada dan laluan pejalan kaki di seluruh kawasan berkenaan.
Apabila ia selesai dan Sukan SEA berakhir, RJSB akan memulakan pembangunan Projek 2 awal tahun 2018 dengan mewujudkan KL Sports City, hab sukan bersepadu sepenuhnya yang merangkumi kemudahan bertaraf dunia termasuk kemudahan latihan sukan berprestasi tinggi, Pusat Rehabilitasi Sains Sukan, Taman Belia, kemudahan sukan awam, Muzium Sukan, asrama belia, pusat konvensyen dan pusat membeli-belah serta tempat parker bertingkat.
Yang penting, menurut Mohd Imran, pertumbuhan semula hab sukan itu bertujuan memastikan kemudahan yang disediakan mampu menjana pendapatan buat pengendalinya, PSM, tanpa bergantung kepada geran kerajaan.
Cabaran buat PSM pula sudah tentu memastikan kemudahan sukan antarabangsa menepati piawaian badan induk antarabangsa, misalnya untuk perlawanan bola sepak antarabangsa menepati syarat-syarat FIFA dari aspek penganjuran, keselamatan dan langkah-langkah pencegahan serta pentingnya pusat kawalan atau command control di stadium utama.
Contoh lain pula platform terjun selebar 4 meter menepati syarat FINA harus dibina tanpa bersandarkan besi tambahan yang boleh membahayakan penerjun.
Hab sukan ini juga harus dilengkapi ciri-ciri keselamatan terunggul dengan televisyen dan kamera litar tertutup bagi memastikan langkah-langkah keselamatan disediakan untuk pengguna awam.
Apabila siap kelak, Kota Sukan KL ini akan mentransformasikan Bukit Jalil sebagai satu ikon kebanggaan negara yang harus diibaratkan seperti sebuah taman sukan yang menawarkan keselesaan bukan saja untuk atlet berprestasi tinggi, tetapi untuk penonton dan pengguna beriadah.
Rizal Hashim
Tue Nov 03 2015

Mahu merakam selfie dari luar stadium yang bertatahkan cahaya daripada lampu-limpah diod pemancar cahaya (LED) yang boleh bertukar warna selain menggambarkan belang Harimau Malaya, sepertimana yang dibanggakan gergasi Bundesliga, Bayern Munich?

US PGA Championship: Tiger Woods endures miserable third round
Tiger Woods had a third round to forget at the PGA Championship, carding 79 to extinguish any hope of success in Tulsa.

Mbappe deal will 'make things change at PSG' as Leonardo, Pochettino futures questioned
PSG have reportedly agreed a contract renewal with Kylian Mbappe that Jerome Rothen thinks will lead to big changes at the club.

Capitals fall to Mumbai to hand RCB final IPL play-off spot
Royal Challengers Banglore will be playing in the IPL play-offs after Delhi Capitals failed to beat Mumbai Indians on Saturday.

Kerber edges tight contest to win Internationaux de Strasbourg, Trevisan triumphs in Morocco
Angelique Kerber was made to work hard for victory in the Internationaux de Strasbourg final, beating Kaja Juvan in three sets.

Giro d'Italia: Yates not satisfied despite thrilling stage 14 win as Carapaz takes maglia rosa
Simon Yates was seen as a general classification contender before this year's Giro d'Italia but has not been pleased by his performance.

Ruud awakens to retain Geneva Open title, Norrie wins in Lyon
Casper Ruud had to break Joao Sousa's serve to avoid defeat and fought back to retain his Geneva Open crown on Saturday.

Mourinho: The Europa Conference League is Roma's Champions League
Roma are preparing for the Europa Conference League final with Feyenoord as Jose Mourinho aims for more European silverware.

Hamilton 'gutted' by P6 but thinks Mercedes can challenge Ferrari in Spain
Mercedes have taken a step forward so far in Barcelona and Lewis Hamilton hopes they can now compete with the Ferraris.

Leclerc recovers from spin to take Spanish Grand Prix pole as DRS failure costs Verstappen
Max Verstappen was unable to complete a second flying lap while Charles Leclerc went quickest with his only effort in Spain.

Paris mayor jubliant amid reports Mbappe will snub Real Madrid to stay at PSG
Reports of Kylian Mbappe agreeing a new contract with Paris Saint-Germain caused a ripple across the French capital on Saturday.