Bila kali terakhir pemain pemain anak tempatan mendapat tawaran beraksi bersama pasukan kelab di liga yang sekurang kurangnya kelas B ?

Bila kali terakhir perlawanan persahabatan antara Malaysia dan pasukan pasukan berkelas A seperti Jepun dapat kita lihat?

Bila kali terakhir Harimau Malaya berada di ranking kurang dari 100?

Bila kali terakhir FAM dinaungi jiwa jiwa besar yang cintakan bola sepak lebih dari wang ringgit?

Bila kali terakhir semua media media cetak memuji dan mengangkat kredibiliti pasukan kebangsaan di dada akhbar mereka?

Bila kali terakhir setiap peminat di laman sosial memuji persembahan skuad negara ?

Jawapan untuk kesemua persoalan itu hanya satu, memetik kata kata Tun Mahathir, " dah lama dah".

Kini yang ada hanyalah aksi jaguh kampung, permainan di takuk lama, perlawanan persahabatan bersama pasukan yang tiada kualiti, ranking corot, "cash is king", kritikan di dada akhbar, dan peminat yang sudah bosan.