Ini sekaligus mengganggu percaturan setiap pasukan yang sudah merencana strategi berdasarkan jadual perlawanan.

Jika dilihat keputusan menundakan perlawanan mendapat reaksi yang pelbagai dari sudut penganjur mahupun pasukan yang beraksi.

Bagi pasukan yang berada di puncak prestasi, sudah tentu perlawanan yang ditunda mengganggu momentum kemenangan , manakala bagi pasukan yang kurang menyerlah sudah tentu ini merupakan ruang buat mereka untuk memperkemas kembali persiapan pasukan.


Dari sudut penganjur pertandingan pula, FAM harus segera merencana jadual yang seimbang dan adil buat semua pasukan. Dengan saingan piala malaysia sudah memasuki saingan kumpulan pusingan kedua, ada kemungkinan tarikh untuk peringkat kalah mati dianjak bagi memberi rehat yang cukup buat pasukan bertanding.

Malaysia juga masih lagi perlu beraksi pada kelayakan piala dunia, maka penjadualan semula saingan Piala Malaysia harus diteliti dan dicanang sebaik mungkin agar pemain mendapat rehat yang secukupnya selain menjaga nama baik FAM sendiri serta tidak mengganggu kemeriahan saingan berprestij bola sepak malaysia.