Saingan Piala Dunia Rusia 2018 kini seudah memasuki fasa perlawanan ketiga bagi setiap pasukan. Ada pasukan yang sudah layak ke peringkat kalah mati biarpun baru sahaja tamat dua perlawanan. Dalam masa sama ada juga pasukan yang sudah pun tersingkir awal.

Sudah Layak

Seperi dijangka bagi kumpulan A, tuan rumah , Rusia dan Uruguay menepati ramalan apabila berkongsi mata untuk kedudukan satu dan dua dengan kemenangan dalam dua perlawanan. Bagi kumpulan B, Portugal, Sepanyol dan Iran masih berpeluang , namun jangkaan Dayang Portugal dan Sepanyol akan mara. Apa yang menarik, andai Portugal dan Sepanyol menang atau seri dengan jumlah jaringan sama, kedudukan juara kumpulan akan ditentukan menerusi jumlah kad kuning yang dipungut pemain setiap pasukan.

Perancis dijangka akan muncul juara kumpulan C dan Dayang memilih Denmark untuk menjadi naib juara untuk layak ke peringkat seterusnya. Lain-lain pasukan seperti England, Belgium dan Croatia Brazil dan Mexico sudah berada di zon selamat dan perlawanan terakhir peringkat kumpulan hanya lebih kepada untuk menentukan kedudukan satu dua di dalam kumpulan.

Bergelut


Siapa sangka kedua-dua finalis pada 2014, Argentina dan Jerman bergelut pada aksi di peringkat kumpulan. Argentina bernasib baik Iceland tewas kepada Nigeria yang kembali menghidupkan peluang mereka setelah hampir tertutup ketika tewas 3- 0 kepada Croatia.

Argentina akan berdepan dengan Nigeria dan mereka memerlukan kemenangan sambil mengharapkan Iceland tewas bertemu Crotia. Jika Argentina dan Iceland menang, perbezaan jaringan akan menjadi penentu.

Bagi Jerman pula, kesilapan Toni Kross yang menghadiahkan gol pertama Sweden ditebus dengan gol kemenangan 2 minit sebelum tamat perlawanan. Gol tersebut juga menyaksikan Die Mannschaft kembali bernafas selepas tewas mengejut 1- 0 kepada Mexico pada perlawanan pertama. Bertemu Korea Selatan, adalah misi wajib menang bagi Jerman andai mahu layak ke peringkat seterusnya.

Apa yang Paling Mencuri Tumpuan Dayang?

Sudah tentu kejayaan England menumbangkan Panama 6-1 yang merupakan kemenangan terbesar untuk Piala Dunia Rusia 2018 setakat ini. Ianya juga menyaksikan Harry Kane mencetak hatrik di Piala Dunia. Penyokong England dilihat begitu gembira seolah-olah mereka sudah memenangi Piala Dunia. Namun apa yang lebih menarik, Panama berjaya mendapatkan gol pertama mereka di Piala Dunia yang dijaringkan Filey Baloy yang menyaksikan kesemua penyokong Panama bersorak kegembiraan.

Dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan ini, Dayang berasa teruja mahu menyaksikan perlawanan penentuan siapa bakal menjadi juara kumpulan G di antara England dan Belgium. Dayang juga tidak sabar untuk melihat jadual perlawanan membabitkan pasukan yang layak ke peringkat kalah mati.
Jangan lupa saksikan siaran langsung Piala Dunia Rusia 2018 di Astro Arena 802HD/801 dengan rancangan dikendalikan oleh Hafizal Hamad, Akbar Sahari, Burn, Edleen Ismail dan Dayang sendiri.