Dalam perebutan slot ke Hoki Piala Dunia 2018 yang akan berlangsung di Bupaneswara, India, tahun hadapan, beberapa pasukan masih lagi mempunyai peluang untuk melayakkan diri.

Piala Dunia 2018 buat kedua kalinya 16 pasukan akan bertanding. Sebelum ini, 16 pasukan bertanding adalah pada Piala Dunia 2002 di Kuala Lumpur manakala Piala Dunia yang lain hanya melibatkan 12 pasukan bertanding.

Setakat ini menerusi pusingan kelayakkan Liga Hoki Dunia 3, 14 pasukan telah pun layak menerusi kedudukan mereka di Liga Hoki Dunia di London dan Johannesburg serta tamatnya persaingan Piala Eropah, Piala Concacaf dan Piala Ocenia.

Ada 2 slot lagi menjadi rebutan untuk menjadikan 16 pasukan.

4 pasukan yang masih mempunyai peluang adalah Korea Selatan, China, Egypt dan Afrika Selatan.

Senario 1:

Buat Korea Selatan mereka akan layak jika mereka menjadi Juara Piala Asia yang sedang berlangsung di Dhaka Bangladesh ini.

Senario 2:

Jika Pasukan lain menjadi Juara Piala Asia ini samaada Pakistan, Malaysia ataupun India, pasukan China yang menduduki tempat ke8 di Liga Hoki Dunia 3 di London akan diberikan slot ke Piala Dunia.

Jika salah satu senario diatas berlaku menjadikan 15 pasukan yang layak ke Piala Dunia 2018. Ini menjadikan 1 slot sahaja yang tinggal untuk diisi oleh 1 lagi pasukan.

Senario 3:

Di Liga Hoki Dunia 3 di Johannesburg, Egypt berada di kedudukan ke-8 manakala Afrika Selatan menduduki dikedudukan ke-9 di Liga Hoki Dunia yang sama.

Buat Egypt mahu pun Afrika Selaran untuk ke Piala Dunia 2018, mereka mesti keluar sebagai Juara di Piala Afrika yang akan berlangsung pada bulan November ini.

Mungkin ada yang bertanya kenapa tidak Egypt diberikan slot apabila Korea gagal merebut satu slot apabila mereka gagal menjadi Juara Piala Asia. Slot itu diberikan kepada China tidak kepada Egypt memandangkan China dan Egypt berada dikedudukan ke 8 di London dan Johannesberg. Oleh kerana ranking China di kedudukan 18 Dunia manakala Egypt di kedudukan 19 Dunia, China diberikan slot tersebut. Walaupun ranking Korea di kedudukan 13 Dunia tetapi mereka hanya meraih tempat ke 9 di Liga Hoki Dunia 3 di London dibelakang China.

Jelas dengan keputusan seri 1 - 1 menentang Malaysia di perlawanan terakhir Super 4s meranapkan peluang mereka melayakkan diri ke layak ke Final seterusnya menutup peluang mereka merebut tiket automatik ke Piala Dunia 2018.

Malaysia atau India akan bakal menjadi Juara Piala Asia 2017 membuatkan 1 slot ke Piala Dunia diberikan kepada China.

Buat pertama kalinya China layak ke Piala Dunia sekaligus melakarkan sejarah baru buat Hoki China.