Apabila Luke Shaw berjaya melakukan jaringan minit-minit awal permainan untuk England ramai penyokong-penyokong mereka telah mula menyanyikan “It’s coming home” namun mereka lupa yang masa perlawanan masih lagi panjang.

Tetapi laungan itu sebenarnya tidak memberi kesan kepada pemain-pemain Itali sebaliknya mereka terus bangkit untuk memberi saingan pada England yang nampak dominan pada awal permainan.

Pengalaman yang dimiliki Leonardo Banucci dan Giorgio Chiellini itu banyak membantu Itali untuk terus tenang dan mempercayai kemampuan pasukan mereka untuk mencari jaringan penyamaan. Akhirnya jaringan yang dinanti-nantikan Itali menjelma pada separuh kedua oleh Banucci sendiri. Lihat bagaimana dua pemain berpengalaman itu memimpin rakan sepasukannya supaya bermain mengikut strategi yang telah di rancang Roberto Mancini serta percaya pada kemampuan diri sendiri.

Itulah nilai seorang ketua yang penuh didikasi dalam melaksanakan tanggugjawabnya untuk memastikan pasukannya berjaya, dan akhirnya Itali berjaya muncul juara Euro edisi kali ini setelah menewaskan England melalui sepakan penalti. Sikap ketenangan dan nilai kepimpinan yang tinggi Cheillini itulah yang membuatkan rakan-rakan sepasukannya terus fokus dan mengekalkan retak permainan walaupun bermain di tempat lawan.

Inilah yang perlu dipelajari oleh semua pemain-pemain bola sepak negara kita bagaimana untuk mengekalkan emosi dan tidak panik walaupun dalam keadaan terdesak dan tertekan. Banyak sebenarnya yang boleh dipelajari dari pasukan Itali itu selain dari nilai kepimpinan dan ketenangan ketuanya, diantaranya seperti sikap merendah diri semua pemain Itali serta tidak menggejar publiksiti. Itulah yang membuatkan pasukan Itali terus mengekalkan keharmonian dalam pasukan kerana mereka saling hormat menghormati dan telah berjaya membawa satu pemikiran yang lebih positif.