Rata-rata peminat bola sepak tanahair menyambut baik keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengekalkan khidmat Tan Cheng Hoe selaku jurulatih Harimau Malaya untuk tempoh dua tahun lagi sehingga penghujung 2020.

Cheng Hoe menerima kontrak lanjutan selepas Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM yang bermesyuarat kelmarin berpuas hati dengan pencapaian jurulatih berusia 51 tahun itu bersama skuad negara pada 2018.

Keputusan itu sememangnya sudah dijangka setelah Cheng Hoe berjaya mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) iaitu membawa skuad negara muncul naib juara kejohanan Piala Suzuki AFF 2018.

Namun, seperti yang sudah dijangka juga, bekas pengendali Kedah itu diletakkan KPI yang lebih tinggi berbanding sebelum ini iaitu mara ke final Kejohanan AFF 2020 & menang serta layak ke saingan Piala Asia 2023.

Sudah pasti, FAM perlu menjadikan pencapaian yang lebih tinggi sebagai penanda aras baru kepada skuad kebangsaan untuk meletakkan bola sepak negara kembali disegani di rantau ini.

Saya cemburu melihat Vietnam, Thailand dan Filipina beraksi dalam saingan Piala Asia 2019 yang sedang berlangsung di Emiriah Arab Bersatu UAE kerana kemampuan mereka sama sahaja dengan Malaysia.

Jadi ketetapan KPI yang dibuat FAM terhadap Cheng Hoe dilihat cukup relevan untuk empat tahun lagi Malaysia pula beraksi dalam kejohanan berprestij itu yang juga menjadi sasaran dalam peta hala tuju atau road map FAM yang dinamakan F:30.

Menyentuh mengenai F:30, ia merupakan pelan 12 tahun daripada badan induk itu yang menetapkan Harimau Malaya akan kembali ‘mengaum’ sebagai antara lima negara terbaik Asia menjelang 2030.

Falsafah pemain, jurulatih dan bola sepak Malaysia. Ini merupakan antara perkara yang terdapat di dalam tonggak pembangunan di dalam Road Map FAM fasa pertama. Konsep ‘Cara Malaysia’ akan diangkat sebagai DNA bola sepak negara.

Dan apabila jurulatih yang memahami konsep serta DNA bola sepak negara telah dilahirkan, maka para pemain yang akan dibangunkan mampu mengikuti konsep ‘Cara Malaysia’.

Menerusi falsafah bola sepak yang diterapkan Cheng Hoe iaitu permainan gaya bola sepak moden, jelas ia sejajar dengan visi dan misi F:30 tersebut sekaligus apa yang diputuskan oleh FAM mengenai kedudukan Cheng Hoe adalah tepat.

Dan kini, Cheng Hoe dalam merintis kemungkinan menjayakan visi dan misi F:30