Bermain di tempat lawan tidak memberi apa-apa kesan pada emosi dan prestasi pemain-pemain Chelsea, sebaliknya mereka terus memberikan aksi yang konsisten dan mampu memberi hadiah kemenangan kepada peminat-peminat mereka.

Keberkesanan dan ketajaman bahagian serangan Chelsea tidak boleh dipertikaikan lagi setelah hadirnya Romelu Lukaku di dalam skuad Chelsea. Lukaku juga telah mula menunjukkan bahawa pembeliannya itu tidak sia-sia tetapi sebaliknya telah melengkapkan kekurangan yang di cari-cari Chelsea selama ini.

Persefahaman yang baik ditonjolkan Lukaku dan rakan-rakan sepasukannya juga amat membanggakan, ia boleh di lihat dari kombinasi jaringan pertama Lukaku itu sendiri. Kombinasi di antara pemain-pemain midfield juga begitu baik sekali ketika berhadapan Arsenal semalam. Kelibat Jorginho, Mateo Kovacic menjadi perhatian kerana kedua-dua pemain ini berjaya memgawal tempo permain dengan baik serta dapat mencorakkan permainan Chelsea dengan berkesan.

Dengan pergerakkan yang pantas serta ruang yang diberikan kepada Jorginho oleh pemain-pemain Arsenal itu membuatkan Chelsea mampu mendominasi permainan terutama pada separuh masa pertama. Itulah kesilapan yang dilakukan oleh pemain Arsenal sehingga Chelsea berjaya melakukan 2 jaringan pada separuh masa pertama. Selain itu keyakinan dan kepercayaan di antara satu sama lain pemain Chelsea juga pembawa pada kemenangan semalam.

Itulah kekuatan yang ada pada Chelsea ketika ini dimana anak-anak didik Thomas Tuchel berjaya mengekalkan semangat berpasukan yang begitu tinggi. Ini sudah pasti akan memudahkan Tuchel untuk melakukan perancangan yang lebih baik pada setiap perlawanan dan sudah tentu juga dengan prestasi terkini Chelsea itu ia akan menggembirakan peminat-peminatnya. Ia juga menggambarkan bahawa pasukan kesayangan mereka itu sudah bersedia untuk memberi saingan dalam perebutan menjadi juara Liga Perdana Inggeris musim ini.