Selepas 40 tahun, wanita Iran akhirnya dibenarkan masuk ke stadium bola sepak.

Peminat bola sepak Sahar Khodayari, 29 tahun ditangkap di Tehran kerana curi masuk ke stadium untuk menyokong pasukan bola sepak kesayangannya.

Adakah salah untuk wanita masuk ke stadium dan di hukum?

Tidak masuk akal.

Bagi menghantar mesej untuk hak asasi manusia kepada seluruh dunia terutama kepada pihak berkuasa Iran, Sahar menyalakan api dan bakar diri sendiri.

Wanita berani itu meninggal dunia pada 8 September lalu.

Minggu lepas pada 10 Oktober, fokus dunia bukan kepada kemenangan mudah 14-0 pasukan Iran ke atas Kemboja di aksi kumpulan C kelayakan Piala Dunia 2022, tetapi sorakan
lebih kurang 3000 penyokong wanita Iran yang berada di Stadium Azadi, Tehran selepas 4 dekad.

Melalui pergolakan politik, selepas Revolusi Islam Iran pada 1979, wanita tidak dibenarkan menyaksikan pasukan lelaki bermain di stadium.

Tindakan 'Blue Girl' bagi menegakkan hak dan keadilan wanita membuka mata Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan aktivis hak wanita dunia yang memberi tekanan kepada kerajaan Iran untuk pandang ke hadapan
dalam dunia yang cuba sebaik mungkin untuk memberi hak kesaksamaan.

Pasukan lelaki Iran kini di ranking 23 dunia dan merupakan pasukan terbaik Asia di ranking FIFA di hadapan Jepun manakala pasukan wanita mereka di tangga ke 71 dunia.

Para aktivis hak asasi kemanusian berpendapat semua kejayaan itu tidak akan dihormati dunia jika Iran tidak belajar dan terima hak kesaksamaan serta menghormati kaum wanita.

Kini wanita Iran dapat masuk stadium menyaksikan semua kejohanan sukan, merupakan titik tolak perubahan positif Iran bukan saja dari sukan, tetapi dari sudut politik, perundangan, keagamaan dan budaya.