Tahun ini, 8 Oktober menjadi tarikh di mana Hari Sukan Negara disambut, dan sambutan itu sekali lagi berlangsung dengan jayanya, menyaksikan seluruh negara bersukan dan bersenam menuju ke arah kehidupan yang lebih sihat dan aktif.

“Bukan dah basi ke cerita Hari Sukan Negara ni?”, kemungkinan ini yang bermain di fikiran sesetengah hamba Allah yang membaca artikel ini, tapi bagi saya lah kan, sentimen sebegini seharusnya dihapuskan.

Dimusnahkan.

Dihancurkan.

Tiada apa yang basi ataupun outdated bila kita berbicara tentang mahu mengamalkan gaya kehidupan yang sihat. Sudah pastinya apa yang kita makan setiap hari memainkan peranan penting dalam kesihatan kita, namun ada juga beberapa perkara mudah yang boleh kita ambil kira untuk menuju ke gaya kehidupan yang lebih sihat.

Artikel ini bukanlah berniat mahu memujuk anda work out setiap hari dan menjadi sado persis Arnold Schwarzenegger era 80-an.

Bukan… Sebagai rakan anda yang mahukan penonton dan pembaca Astro Arena kekal sihat sentiasa, di bawah adalah beberapa tips yang boleh anda lakukan hampir setiap hari jika tidak punya masa untuk ke gym.

1. Naik tangga, jangan naik lif

Bagi yang bekerja di ofis ataupun student dekat mana-mana kolej, kalau boleh, kerapkan lagi naik tangga untuk sedikit exercise dan kardio. Setakat 3-4 level, ok lah kot nak naik tangga? Tapi kalau nak naik ke tingkat 13 tu, sila- sila lah naik lif ya. Kita nak sihat, bukan nak susahkan diri.

2. Walking Break

Setiap 2-3 jam ketika belajar atau duduk di office, take walking breaks. Walking breaks maksudnya bangun daripada tempat duduk anda, dan berjalan untuk me-relaxkan otot dan badan yang mestinya sudah penat duduk dalam posisi yang sama begitu lama.

3. Buat kerja rumah

Menyapu lantai, menyiram tanaman dan sebagainya juga adalah a simple form of exercise. Kill two birds with one stone – ia merupakan amalan yang sihat, dan juga boleh menjadikan tempat kediaman lebih selesa!