Apa la kau ni ? Tak hipster langsung tengok hoki, boring. Apa kau dapat ? Panas adalah !!. Amboi menyirap jer darah aku bila dengar budak-budak meja sebelah ni mengagungkan aktiviti peluh ketiak yang tak ada faedah.

Nanti ramai pulak yang kondem saya sebab tulis pasal isu tak ambil tau pasal sukan. Bukan ke ramai sekarang ni yang boleh bagi komen-komen di media sosial, Ramai jer yang datang stadium kalau ada bola. Nak yang macam mana lagi ?

Ye, aku setuju bukan ramai lagi tapi berduyun-duyun yang boleh komen berjela pasal bola terutamanya. Aku setuju ramai yang datang tengok bola lebih-lebih lagi kalau pasukan kegemaran tengah memuncak. Tapi sedarkah kita, berapa ramai di kalangan kita yang turut memberikan sokongan andai kejohanan selain bola sepak, badminton dan sepak takraw diadakan ?

Sebagai contoh kejohanan olahraga atau terjun. Memang takla kita nak tengok, bukannya hebat pun, lain lah kalau Usain Bolt yang lari. Itulah mentaliti kita yang masih lagi cakap tak serupa bikin. Inilah yang dikatakan budaya sukan kita masih zero.

Kita yang selalu komplen kekurangan yang ada pada atlit, persatuan, pemimpin sukan dan sebagainya, tapi bagaimana peranan kita ? Maki hamun di media sosial ? Bukan begitu caranya, kita yang seharusnya sama membantu. Tak salah bagi komen membina ke atau tidak tetapi kita juga harus sama membantu meningkatkan sukan negara.

Contoh terbaik, datang ke venue pertandingan tidak kira sukan apa, bawa keluarga dan anak-anak jika ada kelapangan. Beginilah caranya, baru betul. Kalau nak diikutkan membudayakan sukan ni bukan sekadar menonton dan menyokong tetapi kita juga harus aktif. Itulah yang dipraktikkan kebanyakan negara yang maju dalam sukan.

Jangankan olahraga peringkat daerah, sukan dalam hutan pun ramai yang tengok, sampai kita pun hairan. Saya pernah terlibat dalam membuat liputan acara Kejohanan Rali di Australia pada 1999. Terbeliak mata saya bila tengok jumlah penonton yang bukan sahaja ramai berduyun tetapi ada yang berkelah bersama keluarga bagaikan di tepi pantai walhal perlumbaan diadakan di dalam hutan yang penuh nyamuk dan lalat!

Kita kalau nak ikut macam apa yang masyarakat luar buat memang tak tau bila. Sedangkan Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia yang saban tahun disertai pemain handalan pun kita tak berminat, mungkin sebab berbayar. Tapi yang percuma pun kita sama juga, langsung tidak terlintas di hati nak pegi tengok. Adalah dua tiga kerat. Itulah tabiat kita, sama jugak rupanya.

Jadi bersempena dengan kedatangan Hari Sukan Negara yang akan disambut pada 10 Oktober nanti, marilah kita sama-sama memupuk dan membudayakan diri kita dengan cintakan sukan. Semuanya bermula dari diri kita sendiri, sama-sama kita memperkasakan dan membangunkan sukan di negara ini sebagai satu industri.

Jangan hanya menyalak di alam maya, kau sendiri macam dah tak bernyawa !