Mason Greenwood dan Phil Foden -- dua pemain muda yang dijangka bakal melalui perjalanan karier cemerlang beberapa yang akan datang.

Namun ,peristiwa hitam apabila 'kantoi' membawa masuk wanita ke hotel ketika skuad England berada di Iceland sudah tentu mencalarkan sedikit reputasi mereka berdua dan juga pihak keluarga.

Kedua-dua pemain yang sedang berada di dalam tugasan bersama skuad England melanggar perintah kuarantin dan mereka digugurkan serta-merta daripada menyarung jersi The Three Lions.



Dua pemain yang beraksi buat Manchester United dan Manchester City itu sudah pun mengakui kesalahan mereka dan menyesali apa yang telah berlaku.

Pengendali England, Gareth Southgate, bagaimanapun menegaskan masih lagi membuka ruang buat kedua-dua pemain itu untuk beraksi buat England di masa akan datang.




Cuma Southgate berterus terang bahawa mereka berdua perlu kembali mendapatkan kepercayaan jurulatih England itu. Mungkin proses untuk mengembalikan kepercayaan pengendali kepada mereka akan memakan sedikit masa.

Dalam masa sama, Southgate juga perlu merencana taktikal dan rancangan baru tanpa melibatkan kedua-dua pemain dimasa akan datang.

Bagi Dayang, apa yang berlaku kepada Foden dan Greenwood harus dijadikan iktibar kepada pemain lain agar tidak mengulangi perkara sama.

Bukan sahaja salah daripada segi moral, tetapi tindakan mereka berdua itu turut membahayakan kem pasukan England kerana kita kini sedang berdepan dengan pandemik COVID-19.

Bayangkan andai mereka berdua positif COVID-19 disebabkan wanita yang dibawa, apa akan jadi kepada keseluruhan pasukan England? Kemudian semua pemain pulang ke kelab masing-masing, bawa pula virus ke rakan-rakan dan keluarga?

Takpelah, perkara pun dah terjadi, jangan buat lagi ye!