'Buang je lah Ole' adalah kenyataan yang paling banyak Dayang dengar selepas United tewas 1-3 dalam perlawanan pertama berdepan Crystal Palace.

Sabar. Dayang tahu harapan peminat The Red Devils cukup tinggi selepas prestasi memberangsangkan yang dipamerkan musim lalu. Jadi tidak hairan andai kekalahan yang dialami begitu dirasai para peminat Manchester United.

Okay, untuk berlaku adil, jom kita lihat apa punca utama kekalahan United tempoh hari?

Pasti nama Victor Lindelof akan menjadi pemain utama yang dipersalahkan kan?

Tapi bagi Dayang, bukan sahaja Lindelof tidak beraksi dengan baik, malah Paul Pogba, Harry Maguire dan Bruno Fernandes turut gagal memberikan prestasi baik mereka yang secara tidak langsung menjejaskan persembahan pasukan.

Korang tengok kan perlawanan United sampai habis? Panas hati tak bila tengok Pogba dapat bola, lepas tu dengan mudah kena rampas dengan pemain lawan? Takpun hantar bola kepada rakan, bola tak sampai!

Lihat bagaimana Wilfried Zaha dan Jordan Ayew dengan mudahnya berlari melepasi kawalan Harry Maguire? Maguire tu punya nasib tak baik dalam perlawanan tu, nampak berat gila berlari bila kejar tapi tak dapat.

Bruno Fernandes? Mungkin masa sesi perlawanan antarabangsa bersama Portugal, dia belajar sekali cara bagaimana nak berlakon dengan Cristiano Ronaldo kut! Sikit sikit nak jatuh!

Satu perkara Dayang perasan, setuju atau tidak andai katakan ketiadaan Aaron Wan Bissaka mungkin menjadi punca utama Lindelof dan barisan pertahanan tidak mampu beraksi cemerlang? Yela, biasanya Bissaka lah individu yang sering melakukan hadangan, kalau setakat Ayew dengan Zaha tu, celah gigi dia boleh buat hadangan. Tapi dalam perlawanan tu, gandingan penyerang Crystal Palace tu nampak power kaw punya!



Dayang ulas berdasarkan aksi dalam perlawanan itu, nak cerita statistik bagai, Dayang bukanlah pakar dalam bola sepak. Tapi Dayang percaya,United tewas kerana kesilapan pemain mereka sendiri yang gagal beraksi baik. Walaupun menguasai 75% penguasaan bola, tapi tiada gunanya jika gagal menjaringkan banyak gol, tetapi bolos banyak gol. Tiga tu kira banyaklah!

Tak perlu nak pecat Ole Gunnar Solskjaer, sampai ada gosip United nak ambil Marcelo Bielsa lah, beri ruang dan peluang kepada OGS, beliau bukan kena layan kerenah pemain sahaja, nak layan kerenah pemilik kelab pun payah tau, lagi susah dari kawal pemain.