Pembelian Bruno Fernandes yang dilakukan oleh Ole Gunnar Solskjaer ke dalam skuad Manchester United ibarat satu rahmat dan sinar baru kepada peminat-peminat mereka. Dengan reputasi sebagai pemain midfield terbaik di Liga Portugal yang juga pemeggang rekod pemain midfield yang berjaya menjaringkan gol terbanyak (33 gol) dalam satu musim di Liga Portugal dan Eropah ketika bersama Sporting CP itu telah memberi satu impak yang besar ke atas prestasi pasukan Man United pada penghujung musim lalu. Walaupun hanya bermain sebanyak 14 perlawanan sahaja pada musim lalu Bruno Fernandes telah berjaya menjaringkan 8 gol. Itulah kualiti dan keupayaan yang dimiliki Bruno Fernandes.

Lihat sahaja bagaimana gerak tarinya di atas padang dengan mempersembahkan gaya permainan yang begitu kreatif bersama lengok tubuh yang lembut ketika membuat gelecekan serta gerak kaki yang pantas itu mampu melakukan hantaran-hantaran lolos yang berjaya memperdayakan lawan serta memberi kelebihan kepada rakan sepasukan untuk melakukan penyudah. Selain itu Bruno Fernandes juga mampu meledakkan jaringan melalui gerakan solo dan rembatan jarak jauh serta sepakan percuma. Kelebihan yang ada pada Bruno Fernandes itu tidak pernah dimiliki oleh Man United sebelum ini setelah persaraan Paul Scholes.

Inilah ciri-ciri seorang pemain midfield yang diperlukan Man United untuk mencorakkan rentak permainan bagi memudahkan rakan-rakannya melaksanakan tugas masing-masing terutama dibahagian serangan. Apa yang menarik tentang Bruno Fernandes ini ialah cara dan corak permainan Bruno Fernandes mirip lagenda Man United iaitu Paul Scholes, dimana Paul Scholes juga merupakan pemain midfield yang sering melakukan hantaran lolos dengan mengunakan kemahiran dan kebijaksanaanya dalam merencanakan gerakan serta jaringan dari rembatan jarang jauh seperti melakukan sepakan percuma menerjah jaring. Dengan aura yang dimiliki Bruno Fernandes seperti Paul Scholes itu sudah pasti akan memberi kelebihan kepada Man United untuk musim ini.

Sebagai pemenang anugerah pemain terbaik bulanan dan penjaring terbaik bulanan Liga Perdana Inggeris yang dimenangi Bruno Fernandes beberapa bulan selepas menyertai Man United dan dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Manchester United musim lalu itu telah menunjukan keserasiannya bersama Man United. Dengan kejayaan peribadi itu pasti akan mendorong Bruno Fernandes untuk terus memberikan aksi yang konsisten sepanjang musim bagi membantu Man United untuk berada kedudukan lebih baik pada musim lalu dan akan terus mencabar kedudukan Liverpool dan Manchester City musim ini untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris.