Apabila Manchester United dan Chelsea tewas pada perlawanan keenam masing-masing ia telah membuka ruang pada Liverpool untuk menjarakkan jurang mata yang lebih jauh namun itu tidak digunakan sebaik mungkin oleh pemain-pemain Liverpool dimana mereka hanya mampu mengutip satu mata ketika menentang Brentford.

Ia merupakan satu kerugian yang besar pada Liverpool kerana tidak mengambil kesempatan untuk mendahului 3 mata namun ia sudah cukup melegakan peminat-peminat Liverpool apabila kelab kesayangan mereka itu berjaya mendahului carta liga ketika ini.

Walaupun Liverpool berjaya mendahului Brentford sebanyak 2 kali namun anak-anak didik Jurgen Klopp tidak dapat menggekalkannya kedudukan itu disebabkan kesilapan mereka sendiri. Sekiranya diperhatikan ketiga-ketiga jaringan Brentford itu melalui satu hantaran lintang dari sebelah kiri pintu gol Liverpool. Ini menunjukkan ada satu kelemahan yang ketara perlu diperbaiki dengan segera terutama dari aspek bertahan secara berpasukan. Dimana pemain-pemain Liverpool lambat memberi tekanan dan ia memberi ruang kepada pemain lawan untuk membuat hantaran dengan tepat ke dalam kawasan penalti.

Sebagaimana yang semua ketahui Klopp mempunyai falsafah bola sepaknya tersendiri dan salah satu strateginya adalah memenangi kembali bola dengan secepat mungkin supaya pihak lawan tidak boleh melakukan gerakan mudah dimana pemain yang hampir dengan bola perlu melakukan tekanan awal. Namun ketika menentang Brentford semalam bagaikan tidak menjadi setiap tekanan yang dilakukan pemain Liverpool terutama di sebelah Curtis Jones dan Andey Robertson. Mereka seperti hilang focus dan tidak berjaya mengekalkan kosentrasi pada permainan.

Kesempatan inilah yang digunakan anak didik Thomas Frank untuk mengejutkan pertahanan Liverpool dengan jaringan-jaringan pantas dan menarik. Bukan itu sahaja anak-anak didik Frank juga membuktikan kepada pemain-pemain Liverpool dengan semangat berpasukan dan kesungguhan inginkan kejayaan itu telah membawa mereka berusaha sehingga tiupan wisel penamat dibunyikan. Itulah kejutan yang diberikan Brentford pada Liverpool apabila berjaya memberi saingan sehigga saat akhir.