Selepas dua musim Brendan Rodgers membimbing Leicester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris, akhirnya apa yang di impikan beliau telah pun berjaya setelah mencipa sejarah bersama Leicester apabila menjuarai Piala FA buat pertama kalinya musim ini setelah menewaskan Chelsea tempoh hari.

Ini merupakan pencapaian terbaik Brendan Rodgers di Liga Perdana Inggeris sepanjang kerjayanya sebagai pengurus. Bukan mudah untuk mengemudi sebuah pasukan yang agak tidak menentu pencapiannya selepas menjuarai Liga Perdana Inggeris musim 2015-2016 di bawah kendalian Claudio Ranieri. Walaupun tidak mempunyai peruntukkan yang besar tetapi Brendan Rodgers masih mampu untuk meletakkan Leicester setaraf dengan pasukan-pasukan elite lain.

Dengan sokongan yang diberikan pemilik Leicester City, Aiyawatt Srivaddhanaprabha kepada Brendan Rodgers itu telah memberi keyakinan kepadanya untuk terus mengemudi Leicester mencapai misinya sebagai pengurus pasukan. Lihat sahaja bagaimana Brendan Rodgers meletakkan Leicester pada kedudukan ke 5 carta Liga Perdana Inggeris musim pertamanya sebagai pengurus Leicester dan telah memberi saingan yang begitu hebat pada musim ini. Perebutan slot ke Piala Juara-juara menjadi matlamat Brendan Rodgers ketika ini kerana misi itu masih lagi belum tercapai.

Berbaki lagi 2 perlawanan dalam saingan Liga Perdana Inggeris sudah tentu ia merupakan perlawanan yang begitu penting bagi Brendan Rodgers sekiranya ingin mencapai misinya untuk meletakkan Leicester pada kelompok 4 teratas dan layak ke kejohanan Liga Juara-juara Eropah musim baru nanti. Ini sudah tentu satu tugas yang mencabar dan sukar kepada Brendan Rodgers untuk memastikan anak-anak didiknya terus konsisten dari segi permainan mereka, apatah lagi berhadapan dengan Chelsea dan Tottenham Hotspurs kerana hanya 2 pasukan sahaja berpeluang mengikuti Manchester City dan Manchester United ke Liga Juara-juara Eropah musim hadapan.

Liverpool dan Chelsea juga masih lagi mempunyai peluang untuk merebut 2 slot yang masih terbuka itu dan sekiranya Brendan Rodgers dan anak-anak didiknya tidak mengambil kesempatan yang dimiliki Leicester ketika ini sudah pasti akan merugikan kelab itu. Perhitungan inilah yang perlu langsaikqn Brendan Rodgers kerana pemain-pemain Leicester berada pada emosi terbaik setelah menjuarai Piala FA. Sementara sokongan yang diberikan pemilik dan peminat-peminat Leicester itu pasti akan memberi lonjakkan emosi dan semangat pemain-pemain Leicester untuk terus mencari kemenangan dan menempah tiket ke Liga Juara-juara Eropah musim hadapan.