Pelantikan yang disifatkan sebagai persetujuan bersama ini kedengaran sumbang apabila permulaan perjalanan skuad yang ditagih meraih ibu emas dua tahun dari sekarang ini bermula dengan langkah kiri.

Pernyataan yang diuar-uarkan bahawa Frank Bernhardt merupakan pilihan yang dicapai melalui kata sepakat daripada panel FAM-MSN mula diragui melihat kepada situasi tidak pasti hanya permulaan carca marba buat Bernhardt.

Peruntukan sebanyak 2 juta ringgit Malaysia dari MSN gagal memastikan setiap hasrat wakil kerajaan itu dipenuhi - antaranya usaha untuk membawa skuad bawah 22 tahun ini sekurang-kurangnya beraksi di Liga Perdana gagal.

"FAM sepatutnya utamakan misi negara dengan pastikan kedudukan skuad Bernhardt sekurang-kurangnya bersaing di Liga Perdana musim ini." itu reaksi Datuk Shapawi Ismail yang merupakan salah satu wakil panel dari Majlis Sukan Negara (MSN).

"Mereka ingat 2 juta ringgit tu cukup? At the end, FAM juga yang kena fikir kos untuk perlawanan persahabatan dan sebagainya." lantang salah satu wakil panel FAM ini menyuarakan pendapat.

Tidak hanya berakhir di situ, Bernhardt mula menyedari barisan pemain yang bakal menggalas tanggungjawab negara gagal capai sangkaan awal.

"Tidak cergas membuatkan saya perlu melihat pemain lain yang lebih layak untuk pasukan saya. Saya fikir mereka tidak menjaga kecergasan sewaktu cuti panjang baru-baru ini dan hal ini beri kesukaran."

Adu Bernhardt selepas seminggu bersama pemain muda negara yang nyata gagal memenangi hati jurulatih kelahiran Jerman ini.

Bernhardt yang terpaksa berperang dengan kesukaran untuk membentuk skuad bawah 22 tahun pilih pendekatan pelik apabila pengendali ini menolak kehadiran jurulatih tempatan yang sudah pastinya mampu membantunya daripada segi pemilihan pemain.

"Tang mana yang tak kena dengan calon tempatan kita, situasi ini seolah-olah menghina kualiti jurulatih yang kita ada padahal mereka ini diiktiraf AFC" jelas sekali Timbalan Pengerusi Tugas Khas Datuk Junid Mohd Noor berang dengan perkembangan terbaru ketika ini.

Perkembangan demi perkembangan yang disulami dengan konflik seolah-olah bawa keraguan, mampukah sebuah pasukan yang diletak dalam sasaran berat ini berakhir dengan kejayaan?

Sehingga ke saat ini skuad bawah 22 tahun ini tidak lekang dengan isu - sekaligus timbul persoalan, ini kah kredibiliti yang perlu ada untuk pasukan negara yang diharap mampu pastikan ibu emas milik Malaysia pada 2017 nanti?

Sudah sudah laa ......