Tenis akan kekal sebagai sukan raket No. 1 dunia atas dasar penyertaan global berbanding skuasy dan ya, badminton.

Peminat skuasy dunia faham senario ini begitu juga peminat badminton kerana perincian berbeza yang menjadikan dua sukan ini unik.

Tetapi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) seolah-olah enggan menerima hakikat sebenarnya tidak perlu untuk badminton bersaing dengan tenis.

2018 bagi saya menyaksikan badminton mula hilang identiti apabila saingan elit dan ke bawah yang lazim dikenali sebagai GP Emas dan Siri Super dijenamakan semula mirip Jelajah ATP dan WTA.

Perubahan yang paling ketara mahu dilaksanakan BWF adalah perubahan servis yang tidak bawa manfaat kepada yang memulakannya, seperti tenis!

Dalam senario membabitkan badminton, situasinya lebih rumit kerana ia berupa menjejaskan kelangsungan sukan yang kita kenali ini.

Saya akan biarkan perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk menerangkannya.





Ujian perlaksanaan kepada inisiatif ini sudahpun mendapat kecaman daripada sebilangan besar pemain utama dunia, termasuk legenda China, Lin Dan.

Saya jangkakan kritikan ini akan berterusan sepanjang saingan Seluruh England dan tidak terkecuali daripada Datuk Lee Chong Wei.

Aduh BWF, seperti kata Lin Dan, daripada sibuk untuk ikut penjenamaan tenis, sepatutnya badan induk ini lebih berusaha untuk mengembangkan pengaruh sukan ini agar mendapat penyertaan global.

Apa kan daya, ini lah dia bila orang takut dengan bayang-bayang sendiri.