Sejak tertubuhnya kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) pada 2013, secara tidak langsung aksi bola sepak tempatan kembali mendapat perhatian seluruh peminat bola sepak tanah air. Jika dulu arena bola sepak negara pernah melalui zaman suram tanpa sambutan para penonton, kurangnya tajaan dan seolah-olah kehilangan seri, tapi kini tidak lagi.
JDT telah menjadi tanda aras buat pasukan lain di Malaysia untuk menjadi sama atau lebih baik dari mereka dari segi permainan, fasiliti mahupun sokongan peminat. Satu fakta yang tidak dapat disangkal, JDT kini menjadi impian dan tumpuan utama untuk bermain bagi semua pemain professional tanah air. Mengapa ianya terjadi ?
1. Hujan Emas Di Negeri Orang
Biarpun pepatah ada mengatakan hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri”, namun ungkapan itu mungkin tidak lagi relevan. Bukan isu setia atau tidak, tetapi hakikatnya, semua manusia mahukan yang terbaik dan dari sisi bola sepak Malaysia, yang terbaik dari segi sejarah kegemilangan mungkin Selangor tetapi kini ianya milik JDT. Bersama pasukan lain mungkin gaji tidak cukup lumayan, pengurusan pula setiap tahun ada perbalahan pendapat dan jurulatih bertukar-tukar setiap musim. Faktor-faktor kecil sebegini yang jika ditambah akan menjadi satu faktor besar untuk pemain melakukan penghijrahan. Jika ada pasukan yang lebih baik dari segala sudut dan membantu dalam mengembangkan karier seorang pemain, tiada sebab untuk penghijrahan pemain tidak berlaku. Luis Figo pernah berhijrah dari Barcelona ke Real Madrid, malah Paul Ince , Michael Owen mahupun Mario Gotze & Matt Hummels juga turut berhijrah kepada pasukan rivals masing-masing.
2. Tidak Menoleh Ke Belakang
Tatkala badan induk pengurusan bola sepak negara masih bercelaru , disertai dengan segelintir pasukan tempatan yang berdepan masalah penajaan, perbalahan pentadbiran kerana adanya dua nakhoda di dalam satu kapal, mahupun pelan pembangunan akan umbi yang tidak berkesan, JDT pula dengan selamba tapi tidak semborono mengenepikan saingan Piala Malaysia untuk memberi tumpuan kepada aksi di peringkat yang lebih tinggi. Juara liga super 3 tahun berturut-turut JDT lebih mengutamakan saingan Piala AFC yang dimenangi pada musim 2015 kerana ianya lebih banyak mendatangkan faedah dari hanya fokus kepada saingan domestik.Jika anda menyaksikan pertembungan separuh akhir Piala AFC di antara Bengaluru dan JDT, saya pasti anda dapat saksikan betapa berbezanya kualiti permainan kedua dua pasukan berbanding dengan aksi tempatan. Secara tidak langsung pemain berpeluang menimba pengalaman beraksi di perlawanan yang lebih kompetitif selain membuka mata dunia luar akan kewujudan JDT. Di saat pasukan lain di negara ini masih jalan bersahaja, JDT sudah keluar dari kepompong lama dan kini menuju ke puncak yang lebih tinggi.
3. Melihat Dari Mata Burung
Dari pespektif seorang pemain pula, pemain mana yang tidak mahukan prestasi di atas padang semakin meningkat dari semasa ke semasa oleh kerana bantuan dari tenaga kejurulatihan yang berkualiti merangkumi segala aspek. Sebagai pemain professional, pastinya mereka mahukan pasukan yang mampu memberikan input yang baik seperti menyediaan data analisa peribadi setiap pemain di atas padang, mampu pulih dari kecederaan dengan segera kerana fasiliti yang baik, dimana ianya secara tidak langsung membantu mengembangkan karier seorang pemain. Lihat sahaja Safiq Rahim yang dulu dan kini, banyak bezanya. Begitu juga dengan S, Kunalan, Aznie Taib mahupun Fazly Mazlan yang prestasi mereka meningkat dengan baik sekali. Apa yang diperolehi kini sama ada dari segi pengalaman mahupun ganjaran adalah bekal berguna buat setiap pemain apabila sudah bersara nanti.
Dengan keadaan semasa bola sepak tempatan, peminat perlu sedar buat pemain professional, kesetiaan tidak menjamin kejayaan,kewangan satu keperluan dan ambisi lah yang memisahkan pemain bangku simpanan atau legenda sepanjang zaman bola sepak Malaysia.
Aidie Ramlan
Mon Nov 07 2016


Giro d'Italia: Yates not satisfied despite thrilling stage 14 win as Carapaz takes maglia rosa
Simon Yates was seen as a general classification contender before this year's Giro d'Italia but has not been pleased by his performance.

Mourinho: The Europa Conference League is Roma's Champions League
Roma are preparing for the Europa Conference League final with Feyenoord as Jose Mourinho aims for more European silverware.

Hamilton 'gutted' by P6 but thinks Mercedes can challenge Ferrari in Spain
Mercedes have taken a step forward so far in Barcelona and Lewis Hamilton hopes they can now compete with the Ferraris.

Leclerc recovers from spin to take Spanish Grand Prix pole as DRS failure costs Verstappen
Max Verstappen was unable to complete a second flying lap while Charles Leclerc went quickest with his only effort in Spain.

Paris mayor jubliant amid reports Mbappe will snub Real Madrid to stay at PSG
Reports of Kylian Mbappe agreeing a new contract with Paris Saint-Germain caused a ripple across the French capital on Saturday.

Guardiola hails Liverpool for pushing Man City to new heights
Manchester City would not have achieved what they have without the competition from Liverpool, Pep Guardiola says.

Mata: Anyone who doesn't meet Man Utd standards should not be here
As problems persist on and off the pitch for Manchester United, Juan Mata has bemoaned the ongoings at Old Trafford.

Mbappe turns down Real Madrid to stay put at Paris Saint-Germain – reports
Kylian Mbappe was expected to leave Paris Saint-Germain for Real Madrid, but in a shock twist that is reportedly no longer set to happen.

Ibrahimovic eager to play as Milan look to clinch Serie A title
Milan will aim to win the Scudetto against Sassuolo on Sunday and Stefano Pioli said Zlatan Ibrahimovic is keen to play an important role.

Inzaghi: Scudetto will not define Inter's season
Milan are two points clear of neighbours Inter heading into the final day, but Simone Inzaghi insists the Scudetto is not all that matters.