Berkat kesabaran...

Kedah akhirnya berjaya merampas kedudukan pendahulu Liga Super daripada Pahang yang bereputasi tinggi dengan 2 kemenangan terkini sebelum ini.

Berkat kesabaran...

Gawang Pahang yang dibawah tanggungjawab Wan Azraie Wan Teh berjaya dibolosi Baddrol Bakhtiar selepas mengasak hampir 45 minit.

Berkat kesabaran...

Keyakinan terbina kukuh malah semakin menebal menjelang ke penghujung babak kedua dengan tambahan gol daripada Ken Ilso dan Farhan Roslan.

Berkat kesabaran...

Kesilapan melepaskan gol saguhati bukanlah alasan buat Kedah menoleh ke belakang, mahupun menafikan penutup malam gemilang mereka di Darul Aman.

Dan berkat kesabaran...

Kedah yang memulakan musim 2017 sebagai pemilik Piala Sumbangsih namun sekadar meraih 1 mata daripada perlawanan pembukaan dengan JDT itu, kini menjadi satu-satunya pasukan yang tidak pernah tewas dalam 4 aksi liga.

Syabas Tan Cheng Hoe, Syabas Kedah.