Gerard Pique dan Sergio Ramos merupakan tunjang penting di barisan pertahanan pasukan kebangsaan Sepanyol. Namun begitu, seringkali terjadi pertikaman lidah di antara mereka sehingga wujud kebimbangan terhadap kem Sepanyol sekiranya mereka berdua bersama-sama dalam satu pasukan melaksanakan kewajipan antarabangsa.

Menjelang perlawanan menentang Perancis di Stade de France, Ramos dan Pique berjanji untuk bekerjasama dalam perlawanan tersebut.

Mereka berjaya membuktikannya apabila berjaya mengekang asakan daripada tuan rumah dengan keputusan akhir Sepanyol berjaya mengatasi Perancis dengan kemenangan 2-0.

Ramai pengkritik sudah membayangkan ia hanyalah sandiwara sementara apabila mereka berdua telah membawa kembali ke persaingan di antara Real Madrid-Barcelona hanya beberapa jam selepas kemenangan 2-0 dalam perlawanan persahabatan Sepanyol ke atas Perancis itu.

Pique adalah orang pertama yang memulakan peperangan apabila dia berdiri di hadapan kamera dan menuduh kepimpinan Real Madrid dan seluruh dunia prejudis terhadap Barca, Leo Messi dan Neymar.

"Kita semua tahu apa yang berlaku di dalam pasukan Madrid, ia sentiasa menjadi seperti itu. Saya menganggap semua pemain di Madrid adalah rakan-rakan saya.tetapi sebagai sebuah kelab, apa yang anda mahu saya katakan?

Aset penting Real Madrid, Cristiano Ronaldo, juga dituduh menggunakan perlindungan cukai untuk menipu Sepanyol dalam cukai, tetapi sebaliknya kesnya tidak pernah diangkat ke mahkamah.


Kita tidak perlu menunggu lama untuk balasan Sergio Ramos. Teruskan bercakap Pique! Itulah perkataan pertama yang dilemparkan kepada Pique.

Bercakap kepada media awal pada hari Rabu, ketua pasukan Los Blancos itu menyelar teman senegaranya kerana tidak jemu-jemu untuk mengeluarkan kenyataaan negatif terhadap kelabnya.

Ramos juga berjanji bahawa dia dan Real Madrid tidak akan terkesan dengan serangan Pique, yang "enggan membesar" walaupun sudah berusia 30 tahun.

"Pique? Apa yang dia kata tidak akan mengubah mana-mana daripada Real Madrid," kata Ramos.

"Ini adalah sebahagian daripada persona Pique ini. Kita tidak akan mengubah dia pada usia 30 tahun. Kita perlu menikmati dia sebagai pemain bola sepak kerana dia adalah sebahagian daripada kami (Sepanyol).