Melihat kepada imej empat Olimpian Rio 2016 ini buat saya tersenyum dengan sepakat mereka sebagai sahabat.

Umum sudah tahu mereka keluar daripada keselesaan sebagai bintang Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk bergelar pemain profesional.

Justeru, mengagumkan apabila mereka saling membantu dalam Kejohanan Badminton Masters Thailand untuk unggul dalam acara beregu campuran dan beregu lelaki.

Ini membuktikan di sebalik kontroversi dan kemerosotan prestasi, mereka adalah taruhan terbaik badminton Malaysia mencabar untuk pingat Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pada masa sama, kemampuan untuk saling mengenal pasti taktikal dalam gelanggang menyerlahkan bakat mereka sebagai jurulatih dalam pembikinan.

Ketika waktu anda membaca perkongsian ini, mungkin mereka sudah mengorak langkah lebih jauh dalam memburu mahkota Masters Malaysia yang sedang berlangsung di Arena Axiata.

Sudah sekian lama BAM memikul berat untuk memastikan kelangsungan program dan kejayaan Malaysia di pentas antrabangsa.

Arena badminton profesional juga makin menjadi industri yang menjadi tunjang kepada pemain di luar program kebangsaan.

Buat pemain-pemain ini, sama ada dari kem kebangsaan atau profesional mereka bertanding dengan bendera Malaysia di dada.

Inilah ringan yang menjadi dambaan nikmat buat badminton negara.