Australia menunggu 43 tahun sebelum Ashleigh Barty muncul pemain nombor satu tenis wanita dunia beberapa hari lalu.

Bekas pemain kriket Australia berusia 23 tahun dari Queensland itu menggantikan seorang lagi pemain muda sensasi Jepun, Naomi Osaka, di tangga teratas dunia.

Selepas mengejutkan komuniti tenis dunia dengan merangkul gelaran Terbuka Perancis dan dua lagi kejuaraan termasuk Birmingham Classic pada Isnin, Barty mengukir nama bersebelahan legenda tenis Australia seperti Evonne Goolagong Cawley, John Newcombe, Patrick Rafter and Lleyton Hewitt sebagai pemain nombor satu dunia.

Malaysia menjadi titik tolak kebangkitan Barty dalam sirkit tenis di mana dia menjuarai kejohanan profesional pertamanya dalam Terbuka Malaysia.

Aktif dalam sukan sejak berusia 4 tahun, Barty menyatakan kehidupan sebagai atlet profesional bukan untuk semua.

Ia sunyi dan bosan.

Pada usia remaja, Barty melalui kemurungan dan harinya dipenuhi dengan jadual latihan dan membosankan.

Namun, dengan sokongan mentor juga jurulatihnya, Craig Tyzzer, sedikit sebanyak hari-hari mendung dapat dilaluinya selain menanam impian jadi pemain terbaik dunia.

Barty mengakui semuanya berlaku terlalu pantas tetapi tiada apa yang boleh menukar karakternya sebagai seorang gadis orang asli Australia yang peramah dan ‘girl next door’.

"Saya kini pemain nombor satu dunia tapi masih seorang yang bosan. Tiada ‘parti’", kata Barty yang hanya akan meraikan kemenangannya dengan makan malam biasa bersama-sama pasukannya.

Nampaknya, itulah resepinya jika mahu muncul yang terbaik di dunia.