Apabila Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak membenarkan kejohanan bola sepak Piala Malaysia di teruskan ia telah menjadi tanda tanya kepada seluruh peminat-peminat bola sepak negara.

Apakah tindakan dan keputusan yang akan di ambil oleh Malaysia Football League (MFL) atas arahan dikeluarkan MKN itu? Akhirnya jawapan yang dinantikan-nantikan oleh semua peminat-peminat bola sepak terjawab apabila MFL mengumumkan kejohanan Piala Malaysia musim 2020 dibatalkan kejohanannya setelah rayuan yang dikemukan MFL tidak di terima MKN.

Ini merupakan satu tamparan yang hebat untuk penganjur kejohanan bola sepak di Malaysia itu apabila pihak kerajaan tidak membenarkan langsung aktiviti pertandingan dianjurkan, sudah pasti ia akan mengganggu-gugat perancangan yang telah di atur MFL dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam membangunkan sukan bola sepak di Negara kita. Ia bukan sahaja menjejaskan pendapatan penganjur kejohanan, malah setiap pasukan juga akan terjejas pendapatannya. Begitu juga dengan pemain-pemain bola sepak professional dalam negara juga akan terjejas pendapatan mereka. Inilah saat yang getir akan di lalui oleh semua pemain industri bola sepak di negara kita, dimana ada kemungkinan segelintir daripada mereka akan kehilangan pendapatan terutama pemain-pemain muda di peringkat Piala Belia dan Piala Presiden akibat dari kelembapan ekonomi dalam negara yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Sudah tiba masanya pemain-pemain muda dan yang sedia ada dalam pasukan senior perlu berfikir dan membuat perancangan serta persediaan awal jika sebarang kemungkinan berlaku kepada mereka sekiranya mereka hilang pekerjaan dan sumber pendapatan apabila setiap pasukan terpaksa menggecilkan belanjawan mereka pada tahun hadapan. Dimana mereka perlu bingkas mencari solusi apakah pekerjaan yang perlu mereka lakukan demi masa depan mereka. Jika masalah ini berlaku FAM terutamanya perlu memikirkan dan mencari jalan terbaik untuk membantu mereka bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka sama ada melakukan kejersama dengan agensi-agensi kerajaan yang boleh membantu mereka dalam mendapatkan ilmu kemahiran dan sebagainya.

Inilah pengorbanan dan perjuangan yang bakal dilalui oleh pemain-pemain muda dan senior yang ada didalam pasukan ketika ini sekiranya pandemik COVID-19 ini berterusan. Sementara untuk FAM pula inilah cabaran yang perlu lalui bagaimana ia ingin mamastikan masa depan bola sepak negara terus terbila dan punya masa depan supaya ia tidak hilang arah gara-gara pandemik COVID-19.