Satu hakikat yang harus diterima dalam bola sepak, tiada siapa yang sukakan orang yang tewas – pemain terbaik dunia sekalipun tidak terkecuali.

Lionel Messi jauh daripada prestasi terbaiknya ketika Barcelona tersingkir daripada suku akhir Liga Juara-Juara di Camp Nou, awal pagi kelmarin – tewas 0-3 kepada Juventus secara agregat – sambil harapan menyaksikan satu lagi kebangkitan dramatik turut lebur.

Jagoan Argentina itu tidak pun mendekati keupayaan terbaiknya tatkala Juventus – juara pada 1985 dan 1996 -- bertahan dengan padu untuk menempah pertemuan dengan AS Monaco – Real Madrid pula akan berdepan Atletico Madrid – di peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara pada 2 dan 3 Mei ini bagi pertemuan pertama.

Ia bukanlah malam yang cemerlang buat Barcelona dan Lionel Messi, Rabu lalu.

Dalam sebarang keadaan pun, defisit 0-3 dalam pertemuan suku akhir di Turin bermakna Barca berdepan tugas menggunung dalam pertemuan kedua, cuma mereka mengharapkan rangsangan daripada kebangkitan menakjubkan ketika menyingkirkan Paris Saint-Germain (PSG) dalam pusingan terdahulu dapat diulangi.

Itu, bagaimanapun, tidak berlaku dan Twittermania tidak pun memberikan Messi sebarang simpati.

Ramai yang mempersendakannya dengan memperkecilkannya dibandingkan dengan pesaing terdekat, Cristiano Ronaldo, jagoan Real Madrid yang sudah menjaringkan 100 gol dalam saingan kelab Eropah.

Hammad @Ronaldoesquee
Messi: 4 pertemuan suku akhir terakhir dalam Liga Juara-Juara

0 Gol
0 Gol
0 Gol
0 Gol

King CR7 @GOATnaldo
Messi merudum kepada 0/10? Kenapa ada sesiapa yang berasa hairan? Lihat saja rekodnya di peringkat kalah mati. Dia jarang sekali tampil.

Nataly Antar @Nataly_Antar
Cristiano Ronaldo menyumbat 5 gol dalam suku akhir di tempat sendiri dan tempat lawan.

Apa yang dilakukan Messi? Kosong.

Juga ada gurauan ‘brutal’ terhadap Messi, dengan foto Twitter menunjukkan dia sedang membelek telefon bimbitnya.

FootyYapper @FootyYapper
Messi: "Siri, siapakah pemain bola sepak terbaik di dunia?"

Siri: "Cristiano Ronaldo"

Dan hakikat bahawa Messi tidak pernah membolosi pintu gol yang dikawal Gianluigi Buffon, turut diutarakan.

Johnny @johnnyapps1897
Messi masih belum menewaskan Buffon #FCBJuve #juventus

CurvaNordBianconeri @CN_Bianconeri
Messi lwn penjaga gol:

Casillas (✓)
Neuer (✓)
De Gea (✓)
Cech (✓)
Courtois (✓)
Van der Sar (✓)
124 yang lain (✓)
Buffon (X)