Selangor memulakan saingan suku akhir pertama Piala Malaysia kali ini agak malang apabila tewas di tangan Kuala Lumpur City (0-2) di laman mereka sendiri.

Ini sudah tentu mengecewakan peminat-peminat Red Giants itu kerana mereka mengharapkan anak didik Karsten Neitzel dapat menundukkan KL City memandangkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan itu memihak pada Selangor. Dengan kekalahan itu sedikit sebanyak akan memberi tekanan kepada pemain-pemain Selangor apabila berkunjung ke Stadium Cheras pada pusingan ke 2 nanti.

Ini kerana dengan 2 jaringan di tempat lawan dimiliki anak didik Bojan Hodak itu telah memberi kelebihan pada mereka untuk menempah satu slot ke separuh akhir sekiranya Selangor gagal menjaringkan lebih dari 3 jaringan tanpa dibolosi nanti. Pemain-pemain Selangor perlu menyalahkan diri sendiri semalam apabila tidak mengambil kesempatan dan mempergunakan kelebihan yang dimiliki mereka sebaliknya melakukan kesilapan sendiri yang membuka ruang kepada pemain KL City untuk menjaringkan gol.

Dari segi kualiti permainan Selangor apa yang penulis perhatikan semalam ada sedikit kemerosotan terutama di bahagian pertanan dan midfield yang seakan-akan hilang punca dan tiada komunikasi dengan baik, ini boleh dilihat semasa KL City menjaringkan kedua-dua gol itu. Ketika inilah penulis teringat dengan kelibat Brendan Gan ketua pasukan Selangor itu, di mana tidak ada seorang pemain Selangor yang mampu memainkan peranan sebagai seorang Jeneral padang yang sentiasa berkumunikasi dan sentiasa membangkitkan semangat rakan-rakan sepasukan untuk terus berjuang sehingga wisel penamat.

Inilah kekurangan yang ada pada Selangor ketika ini, di mana Neitzel perlu mencari seorang pemain yang mampu mengalas tugas sebagaimana yang dimainkan Barendan Gan. Selain itu pemain-pemain Selangor juga perlu bermain lebih agresif dan mengikut dna dan falsah bola sepak Selangor yang diwujudkan itu, dimana mereka perlu bertahan dari penyerang serta memenangi bola dengan lebih cepat. Inilah yang perlu diperbaiki Selangor sekiranya ingin melangkah ke peringkat seterusnya.