Daripada gedung besar hingga penjual kacang putih di stadium - semua terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan ekoran pandemik Covid-19.

Komuniti industri hiliran merasai impak sama hebat selari atlit, jurulatih dan pegawai sukan negara.

Mereka hilang pendapatan hingga 80 peratus dan kini bergantung kepada jualan atas talian yang tidak seberapa.

Beberapa peniaga yang saya hubungi mengeluh apabila jualan jatuh merudum.

"Semua pihak mengalami kerugian tetapi bagaimana kami mengatasi masalah ini sangat penting. Kami akan cuba bertahan walaupun keadaan sukar," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kuckreja Sdn Bhd, Mohanjit Kuckreja.

Penjual kuaci di stadium hoki: "Saya hanya mampu bertahan dengan duit simpanan, mujur kerajaan beri bantuan. Saya harap PKP akan tamat dalam masa terdekat," katanya.

Golongan ini, walaupun dibelakang tabir namun memainkan peranan penting dalam komuniti sukan negara.

Saya fikir, Kementerian Belia dan Sukan patut memikirkan pakej rangsangan ekonomi untuk golongan ini berbanding hanya fokus terhadap atlit, jurulatih dan persatuan sukan kebangsaan.

Daripada gedung besar hingga penjual kacang putih, mereka juga sebahagian daripada kita.