Anton Poul Fritz Ebeling pasti menjadi pemain rebutan pasukan pasukan lain di musim 2018 nanti.

Mananya tidak apabila beliau menunjukkan prestasi yang begitu cemerlang setakat ini.

Kuala Lumpur Hockey Club beruntung mendapat khidmat beliau di musim 2017 ini.

2 Kejuaraan berjaya dirangkul ketika ini bermula dengan Piala Sumbangsih dan baru baru ini menewaskan Trengganu Hockey Team 3 - 2 untuk keluar sebagai Juara Liga.

Anton juga adalah penjaring terbanyak dengan 10 gol buat KLHC di peringkat Liga. Beliau menjaringkan 8 gol padang dan 2 gol menerusi situasi Pukulan Sudut Penalti.

Saya melihat beliau adalah aset pasukan KLHC. Penyudahan yang begitu tajam, positioning yang cemerlang di dalam kawasan 23 meter dan didalam D sentiasa sahaja memberikan masaalah kepada pasukan lawan. Beliau juga adalah seorang Team Player. Bergandingan begitu baik bersama penyerang penyerang KLHC yang lain seperti Casey Hammod, Syamim Yusof, Haziq Samsol dan Umar Bhutta. Work Rate beliau juga tinggi membuatkan pertahanan KLHC utoh apabila beliau selalu sahaja berada di bahagian pertahanan apabila KLHC diasak dan apabila menyerang beliau juga dengan pantas berada diposisi atas.

Beberapa kali dengan positioning yang cemerlang beliau samaada berjaya melakukan assist atau dapat menjaringkan gol. Seperti gol menentangkan TNB, jaringan gerakan solo menentang UniKL serta jaringan saat akhir menerusi set piece menewaskan THT untuk Juara Liga, pendapat saya ini hanya boleh dilakukan oleh seorang pemain " World Class".

Kini peringkat Liga telah tamat dan Kejuaraan Piala TNB menjadi tumpuan utama untuk 4 pasukan yang telah layak ke peringkat Separuh Akhir. THT bertemu UniKL manakala KLHC akan turun menentang TNB.

Pasukan THT saya pasti akan berhabis habisan untuk keluar sebagai Juara Keseluruhan apabila terlepas Kejuaran Liga kepada KLHC. THT adalah Juara Berganda 3 musim berturut turut sebelum ini.

Tetapi buat KLHC dan THT jangan sekali kali memandang rendah keupayaan the Underdog. Silap percaturan mereka boleh menjadi mangsa.

Tetapi apa yang pasti Anton Ebiling bekas pemain Remaja Hoki Jerman ini akan menjadi tunpuan lawan di peringkat separuh akhir nanti serta akan menjadi rebutan di musim 2018 nanti.

All the best kepada semua pasukan dalam perebutan Piala TNB musim 2017.