Maafkan saya atas kelewatan sambungan entri sebelum EURO 2016 ini kerana bukan mudah untuk menghadam kekecewaan England tersingkir daripada saingan.

Lebih memilukan kepada pasukan kerdil seperti Iceland sekaligus membuktikan kalangan jutawan dalam skuad England tidak tahu atau tidak ada semangat untuk beraksi sebagai satu pasukan.

Seperti biasa,mudah untuk menunding jari terhadap siapa yang perlu memikul aib ini,adakah pemain atau barisan kejurulatihan diketuai Roy Hodgson.

Saya lebih cenderung ke arah Hodgson sebagai punca The Three Lions terkulai di Nice, Perancis pada peringkat 16 terakhir itu dan kalau menang sekalipun belum tentu mereka mampu mengatasi tuan rumah Perancis.

Akhirnya Hodgson lebih berani memikul tanggungjawab kegagalan ini dengan mengundurkan diri sebagai pengurus,langkah yang sepatutnya diambil dua tahun lalu selepas kempen Piala Dunia di Brazil.

Hodgson buntu bagaimana untuk membentuk kesebelasan terbaik daripada pemain kalangan muda berbakat seperti Dele Alli,Eric Dier,Raheem Sterling dan yang paling membingungkan dasar penggunaan khidmat Marcus Rashford.

Hodgson tidak tahu keperluan penting untuk memotivasi pemain yang sering dibelenggu dengan kegagalan lampau skuad England yang lebih terkenal dengan liga domestiknya.

Kehadapan saya mahu lihat England terus diterajui jurulatih tempatan atau bertindak berani menyunting nama berpengaruh,ehem "Sir Alex Ferguson"

Saya tahu ada yang menyifatkan saya bermimpi di siang hari,benar saya tak salahkan anda tetapi itu yang akan terus saya lakukan.

Jumpa lagi di Rusia,Piala Duia 2018,"Come on you Three Lions"