Dalam usaha mengekalkan pun sudah payah, apatah lagi menambah jumlah minat dalam penyertaan sesebuah program pencarian bakat dalam bola sepak bukan sesuatu yang mudah. Proses penganjuran bermula dengan pengiraan bajet dan penyediaan tenaga kerja seterusnya merangka pengisian program memerlukan penilitian yang khusus dan perlu ada kepakaran dalam bidang masing-masing.

Oleh itu pujian harus diberikan kepada usaha Allianz Malaysia dimana pada tahun ini telah masuk edisi ke 7 penganjuran Kem Bola sepak Remaja Allianz (AJFC) bertamu di hati pemain bolasepak remaja berumur 14 hingga 16 tahun.

Untuk tahun 2018 , sesi pemilihan telah dimulakan pada Mac lalu menyaksikan enam zon terlibat iaitu Zon Tengah, Zon Utara, Zon Selatan, Zon Pantai timur ,Sabah termasuk penambahan zon Sarawak pada kali ini .

Hanya 16 pasukan bertanding dalam setiap zon yang dibahagikan kepada 2 kumpulan dan bermain dalam perlawanan liga. 18 pemain terbaik dari setiap zon dipilih bagi menjalani latihan pusat di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi selama satu minggu.

Enam pasukan dari enam zon berbeza ini bermain dalam liga sepusingan sehingga hari kemuncak, dimana dua pasukan telah berentap dalam Grand Final pada 7 Julai lalu. Dua pasukan terbaik menduduki tangga teratas liga pada tahun ini ialah Zon Tengah dan Zon Utara dengan berkongsi 10 mata menerusi lima perlawanan. Dalam aksi cukup meriah perlawanan final tersebut menyaksikan Zon Tengah mendominasi aksi pertembungan dengan membuktikan kemenangan 5-0 ke atas Zon Utara.

Selain kejuaraan yang diraih Zon Tengah, satu lagi berita mencuri tumpuan pada hari tersebut apabila 10 pemain terbaik diumumkan sebagai peserta yang akan ke Kem Asia bertempat di Bangkok, Thailand. Bagaimana pula perkembangan AJFC 2018 di “perkampungan Asia”?. Nantikan dalam siri penulisan akan datang…