Dalam kerancakan menyahut cabaran pembangunan sukan, begitu banyak program-program di peringkat akar umbi dilaksanakan samada oleh pihak kerajaan mahupun badan swasta.

Beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah nampak keberkesanan program bolasepak yang begitu mendapat sambutan bukan sahaja dari penyertaan ahli sukan, tetapi penganjuran juga semakin banyak.

Allianz Malaysia tidak ketinggalan dalam menyahut perkembangan positif ini apabila telah sekian lama menyumbang dalam pencarian bakat muda bolasepak.
Kem Bola Sepak Remaja Allianz (AJFC) di Malaysia , telah bermula pada tahun 2012 yang menyaksikan seramai 1209 penyertaan yang mendaftar berumur 14 hingga 16 tahun.

Tahun-tahun berikutnya, pihak penganjur mengambil inisiatif meluaskan jajahan pencarian dengan menambah lokasi ke zon timur dan selatan. Siri pencarian bakat dalam AJFC menggunakan format liga yang melibatkan perlawanan antara pasukan yang mendaftar.

Ini lebih mudah dalam proses mengenalpasti bakat-bakat untuk memilih pemain yang akan di bawa ke peringkat lebih tinggi. Setelah melalui pemilihan peringkat zon, seterusnya latihan pusat, dan perserta terpilih akan menjalani latihan khas di Kem Asia seterusnya dipilih ke Kem Munich bagi latihan jangka pendek dan diberi pendedahan lebih luas dalam menambah ilmu bola sepak.

Setakat ini sejak 2012, 38 peserta dari Malaysia telah melayakkan diri ke Kem Asia dan 14 orang telah terpilih menjalani latihan khas di Munich. Tahun ini, misi pencarian dalam AJFC diteruskan lagi. Bagaimana pula perjalanan untuk musim in? Saya akan kongsikan perkembangan seterusnya dalam siri penulisan akan datang.