Dua pemain hoki muda negara, Ahmad Lutfi Mohd Sam dan Iskandar Fareez Shah Zainal Abidin, akan mengembangkan karier mereka dengan menyertai Hattemse Mixed Hockey Club di Belanda.

Kedua-dua pemain berumur 22 tahun itu dalam fasa penyesuaian diri selepas tiba di Belanda.

"Kami amat berbangga dan berbesar hati kerana dapat belajar corak permainan pasukan Eropah, berbeza di Asia.

"Kami sangat bangga sebagai pemain Asia dan Malaysia yang bertanding dalam liga Belanda.

"Salah satu cabaran yang kami perlu tempuhi ialah mereka menggunakan bahasa tempatan," kata Iskandar Fareez.

Menurut Ahmad Lutfi pula: "Cabaran kami di sini ialah perbezaan yang berbeza di Malaysia.

"Sudah dua hari kami di sini dan setakat ini kami dapat menyesuaikan diri dan harap ia berterusan."