Menang suku akhir pertama Piala FA tapi Sabtu malam jadi malam tak menentu buat penyokong Kedah. Semuanya dek spekulasi yang makin bertiup kencang mengenai Tan Cheng Hoe bakal mengucapkan selamat tinggal Darul Aman untuk ke Kelana Jaya.

Saya juga turut berasa tempiasnya. Mana tidaknya hubungan saya dan Tan cukup akrab bermula ketika Tan menjadi penolong jurulatih kepada Datuk K. Rajagobal lagi. Masih kekal dalam memori selepas Kedah memecat David Mitchel. Jam ketika itu 11.35 minit malam Pegawai Khas Exco Belia & Sukan Negeri Kedah pada ketika itu saudara Shafarizam telah menghubungi saya, "Bos tolong sembang dengan Tan Cheng Hoe boleh?,". Saya kata boleh. Tidak lama selepas itu, YB Datuk Aminuddin a.k.a YB Pak Tam pula yang menghubungi saya untuk mendapatkan Tan menghubungi beliau. Saya kata baik.

Pantas saya hubungi Tan dan dia mohon beri sedikit masa untuk berfikir dahulu.Akhirnya Tan terima tugasan hingga mengecap kejayaan yang cukup membanggakan.

Jadi malam Sabtu selepas perlawanan berdepan PKNP, saya cuba hubungi Tan.Alhamdulilah panggilan saya dijawab.Tanpa buang masa soalan pertama diajukan penulis."Coach Confirmkan".Tunggu la Encik Fizal jawab Tan.Intonasi suara Tan tak seperti selalu kalau saya telefon.Kali ini ada kelainan dan perbezaan.Hampir 20 minit ditalian saya dengar luahan hati yang penuh beremosi.

Ada beberapa faktor yang memaksa saya simpan dahulu intipati perbualan atas dasar kepercayaan yang telah Coach Tan berikan kepada saya.Tiba masanya insyallah saya kongsikan kepada semua selepas semuanya disahkan.
Ia atas dasar menghormati ikatan persahabatan.

Jikka sah Tan tinggalkan Kedah ia kerna terpaksa dan faktor kewangan boleh diletakkan sebab yang kelima atau pun ke enam.Selebihnya saya simpulkan ia lebih menjurus kepada maruah dan kredebiliti Tan Cheng Hoe selaku jurulatih profesional.

Oh ya sebelum terlupa kepada pihak berkenaan, ingat jaga pasukan bolasepak bukan macam jaga parti ataupun Belia 4B

Sekian Asslaamualaikum.

Jangan lupa Episod 2