Semua sedia maklum Afghanistan melewati tempoh sukar satu ketika dahulu dengan peperangan yang melanda negara mereka sejak beberapa tahun lalu.

Tiada banyak hiburan yang boleh dicari di Kota Kabul, jurulatih skuad kebangsaan Afghanistan, Anoush Dastgir, menewaskan hanya satu perkara yang mungkin mengukir senyum buat rakyat mereka.

"Hanya kemenangan yang mampu menggembirakan hati rakyat Afghanistan, dan kami akan berusaha ke arah itu", tegas Anoush

Afghanistan masih belum mampu realisasikan hasrat kemenangan selepas tewas 5-0 kepada Oman dan seterusnya Malaysia adalah sasaran mereka.

Apa yang ada untuk skuad Tan Cheng Hoe?

Harimau Malaya sudah pun terlepas slot 34 terbaik Asia selepas tewas tipis 0-1 kepada Singapur baru-baru ini.

Itu membawa maksud skuad negara perlu melewati saingan play-off kelayakan Piala Dunia 2022 nanti.

Hanya berteraskan lencana di dada, Cheng Hoe perlu mencetak keputusan terbaik menjelang aksi dengan Afghanistan kerana kemenangan skuad negara juga bermaksud kegembiraan rakyat Malaysia.