Walaupun hanya mampu mencipta satu kemenangan dan satu seri daripada enam perlawanan yang dilalui Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Liga Juara-juara Asia (ACL) dalam Kumpulan G baru-baru ini sebenarnya tidaklah menghampakan penulis sebagai peminat bola sepak Malaysia.

Ini kerana JDT telah mampu memberi saingan pada kelab-kelab yang lebih gah yang bersaing dalam liga yang lebih kompetitif berbanding dengan Liga Malaysia.

Ini menunjukkan satu persaingan yang sihat berjaya dipamerkan JDT dan yang lebih menarik dari mata perhatian penulis apabila Benjamin Mora telah berjaya menggunakan hampir keseluruhan pemain-pemainnya yang di bawa ke Thailand itu untuk merasai sendiri satu pertandingan yang berkualiti tinggi. Ini sudah tentu memberi faedah kepada pemain-pemain tempatan terutamanya untuk meningkatkan keyakinan diri serta kemahiran kepantasan berfikir dalam membuat keputusan.

Lihat sahaja bagaimana prestasi pemain-pemain muda Johor DT sepeti Arif Aiman, Ramadhan Saifullah, Afiq Fazail, Haziq Nadzli, Syamer Kutty Abba dan Adam Nor Azlin yang begitu tenang dan baik sekali walaupun berhadapan dengan lawan yang lebih berpengalaman di peringkat antarabangsa. Sementara itu juga Benjamin Mora tidak melupakan pemain-pemain senior tempatan untuk mengumpul minit permain seperti Hazwan Bakri, Azrif Nasrulhaq, Safiq Rahim dan S. Kunalan.

Dipertandingan Liga Juara-Juara Kelab Asia inilah Benjamin Mora dapat memberi pengalaman berguna kepada pemain-pemain muda selain dapat melihat sendiri perkembangan terkini perestasi pemain-pemain senior tempatan sebelum saingan Liga Super di sambung semula. Ini akan meberi kelebihan pada JDT sebenarnya untuk mengekalkan momentum serta prestasi pemain-pemain JDT dalam memburu kejuaraan ke 8 berturut-turut Liga Super.