Aaron-Wooi Yik dan Liverpool tewas pada malam yang sama

Daeng Dhadyry
Mac 18, 2024 06:47 MYT
​Aaron Chia dan Soh Wooi Yik raih naib juara Kejohanan Seluruh England manakala Liverpool ucap selamat tinggal kepada Piala FA Inggeris.
Aaron Chia dan Soh Wooi Yik akur sekadar raih pingat perak dan muncul naib juara Kejohanan Seluruh England 2024 selepas tumpas ditangan Fajar Alfian dan Muhammad Rain Ardianto dari Indonesia dengan keputusan 16-21 dan 16-21.

RESULTS: #AllEngland2024 FINAL#INA?? Fajar Alfian-Rian Ardianto(7) def. #MAS?? Aaron Chia-Soh Wooi Yik(5) 21-16 21-16 Runner-up! Aaron-Wooi Yik concluded their solid All England campaign with a runners-up finish. Good effort, guys! ??#GemilangkanLagipic.twitter.com/BFlCAAL1Fr

— BAM (@BA_Malaysia) March 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beberapa jam selepas itu, giliran Liverpool pula ditimpa malang selepas skuad kendalian Jurgen Klopp tumpas kepada Manchester United dalam perlawanan suku akhir Piala FA Inggeris di Old Trafford.

We exit the #EmiratesFACup. #MUNLIV pic.twitter.com/0uOh5JPy7d

— Liverpool FC (@LFC) March 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Biarpun Liverpool telah mendahului 3-2 pada masa tambahan, namun United bangkit untuk mendapatkan dua lagi jaringan sekaligus menafikan hasrat Liverpool untuk tutup kempen dengan gelaran 'quadruple' bagi musim terakhir bersama Klopp.
Sebagai peminat sukan tempatan dan penyokong tegar Liverpool, situasi mana lebih perit bagi anda?
Adakah kekalahan Aaron-Wooi Yik di pentas final Kejohanan Seluruh England atau kekecewaan Liverpool di saingan suku akhir Piala FA Inggeris?
#Liverpool #Aaron Chia #Soh Wooi Yik #All England