Skuad Harimau Malaya tewas kepada negara bergolak Palestin 6-0 sekali lagi dalam perlawanan timbal balik Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019.

Tewas kepada negara yang dikatakan mengambil para pemain naturalisasi di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 Jun 2015 dengan angka yang sama, sekali lagi tidak mampu menangani kepantasan dan hantaran tepat pihak lawan di Amman, Jordan.

Bertukar jurulatih daripada Dollah Salleh kepada Dato’ Ong Kim Swee sebagai pemangku ketua jurulatih kebangsaan masih tidak dapat menukar skrip sedih pasukan bola sepak negara.

Mungkin FAM perlu juga memberi fokus tambahan selain program latihan bola sepak itu sendiri. Program yang menitik beratkan kepimpinan, semangat berpasukan, semangat nasionalisme, kekuatan mental, berfikir secara kritikal dan psikologi sukan.

Sebagus mana program latihan dan semahal mana jurulatih, jika pemain itu sendiri tiada target dan semangat untuk memperbaiki diri sendiri dalam bola sepak dan diri mereka, bola sepak Malaysia akan melalui zaman gelap sampai bila-bila.

Selain Kim Swee meluahkan rasa kecewa dan akui banyak yang perlu diperbaiki oleh skuasd negara, sentimen yang sama diluahkan oleh para peminat.

Ini adalah antara luahan para peminat di Facebook Astro Arena Saluran 801.

Ahmad Rosdi Abdul Manaf
Kekalahan bukan sbb persatuan atau jurulatih, tapi corak dan gaya permainan bolasepak Malaysia sendiri secara keseluruhan perlu ada perubahan dengan pendekatan baru.

Jauh Disana
Ada beberapa faktor yg malaysia kalah..1..tktikal & corak game plestine lbh bgus.2.skill individu player plestin bagus..3..stamina lbh tinggi.4.corak game palstine lbh pantas..5..4 playes plstine adalah naturalisasi..ini satu klebihan utk palestine..utk team malaysia,anda sudah buat yg terbaik..teruskna usaha.

Azli Busin
Cari jurulatih luar pn sama gak.
Mentaliti & skill pemain yg penting.
Nmpkkn tahap level pemain msia...

Faizol Azha
Tolong la jujur dan akui kelemahan pemain2 kita...Mentaliti..Stamina..Speed..Intensiti..Endurance..Taktikal..Fizikal.