15. Kemudian ada pula Peru – pasukan terakhir daripada 32 pasukan yang layak, dan harus salah satu negara terakhir yang anda fikir akan bersaing 14 bulan lalu. Benar, La Blanquirroja menambat hati ramai dalam Copa America 2015 dan 2016. Tetapi selepas tujuh perlawanan kelayakan, mereka mendapati diri dengan hanya empat mata, satu takuk di atas tangga tercorot carta CONMEBOL. Jurulatih dari Argentina, Ricardo Gareca, kemudian mengemudi mereka meniti satu rentetan cemerlang, dibantu oleh potongan mata daripada Bolivia dan disudahi rekod tanpa kalah pada 2017. Penyokong memenuhi setiap ruang stadium dalam perlawanan terakhirnya untuk mengesahkan kelayakan. Ia satu cerita kejayaan menakjubkan.

16. Ada juga cerita ‘underdog’ yang berselindung di sebalik kegagalan. China layak ke pusingan akhir kelayakan Asia buat kali pertama sejak 2002. Paraguay pula meningkatkan himpunan matanya dua kali ganda daripada empat tahun lalu. Ireland Utara meningkatkan jumlah matanya hampir tiga kali ganda untuk layak ke saingan play-off, berjuang bermati-matian, hanya untuk disingkirkan oleh satu sepakan penalti Switzerland yang mencurigakan.

17. Satu-satunya keputusan ‘upset’ terbesar sepanjang 30 bulan kempen kelayakan adalah keputusan seri 0-0 Luxembourg dengan Perancis di Toulouse.

18. Kemudian, ada pula Syria. Ini adalah cerita merangsangkan. Barangkali juga cerita terbaik tapi tidak semestinya menawan hati. Kaitan di antara pasukan kebangsaan dan rejim diktator Bashar al-Assad tidak diragui amat kuat. Ribuan rakyat Syria mahukan sukan dipisahkan daripada politik; mereka mahu melarikan diri daripada perang saudara yang ganas. Sesetengah daripada mereka dapat menikmati perjalanan pasukan negara itu, ssesetengah yang lain pula merayakan gol penyamaan saat-saat akhir di Tehran untuk mara ke saingan play-off. Selebihnya pula bercanggah dan tidak meraih kegembiraan daripada kemenangan Syria. Ia satu dilema yang mustahil yang turut sampai kepada pemain-pemain. Ia sesuatu yang meruntun hati dan sesuatu yang bola sepak antarabangsa belum lagi lali dengannya.

19. Di sebalik segala apa yang berlaku di negara sendiri, dan perjalanan jauh yang terpaksa ditempuhi Syria, yang membawa mereka ke Malaysia untuk perlawanan ‘tempat sendiri’, jaringan Omar al-Soma hampir di luar realiti. Dan kemudian, terdapat detik ini. Permainan bersambung dengan beberapa minit ditambah. Tetapi masa seolah-olah terhenti. Kemudian anda menyedari Syria hanya satu gol lagi untuk ke Piala Dunia. Syria bukan satu-satunya pasukan untuk mengalaminya sepanjang beberapa bulan kebelakangan. Amerika Syarikat mengalaminya di Trinidad. Chile pula mengalaminya di Brazil. Begitu juga Paraguay dan Uzbekistan. Apabila gol yang dicari-cari itu menjelma – seperti yang diperoleh Panama, Mesir dan Costa Rica – ia adalah kelegaan yang tiada tolok-bandingnya. Tetapi apabila ia tidak, masih terdapat empat tahun untuk memikirkan semula apa yang seharusnya terjadi.

20. Ada juga keadaan lain apa yang seharusnya berlaku. Afrika Selatan memiliki satu yang agak aneh. Ia berlaku di tengah-tengah perebutan empat pasukan dalam Kumpulan D apabila FIFA mengarahkan perlawanan Bafana Bafana yang dimenangi 2-1 ke atas Senegal, 10 bulan sebelum itu, diadakan semula. Pengadil perlawanan itu, yang telah menghadiahkan Afrika Selatan satu sepakan penalti kontroversi, telah didapati bersalah memanipulasi perlawanan dan digantung seumur hidup. Tiga mata yang diraih Afrika Selatan ditarik balik. Sebaliknya, Senegal yang memenangi perlawanan ulangan itu untuk mengesahkan kelayakan ke pusingan akhir.

21. Keputusan mengarahkan perlawanan ulangan itu mencipta duluan yang berbahaya. Gara-garanya, Ghana berang dengankeputusan ofsaid ke atasnya yang meragut kemenangannya ke atas Uganda, dan membuat protes kepada FIFA. Ia tidak diendahkan dan Ghana tersingkir oleh kemenangan Mesir sesudah itu.

22. Hanya 20 daripada 32 pasukan daripada Piala Dunia Brazil 2014 akan tampil semula di Russia. Tapi itu sememangnya tepat dan seiring dengan ‘trend’ sejarah. Pada 2002, jumlahnya adalah 20. Pada 2006, ia adalah 20. Pada 2010, ia adalah 19. Brazil 2014 adalah pengecualian dengan 24. Ia adalah tahap saingan yang kuat berkat kempen kelayakan yang bebas masalah. Yang ini adalah kembali kepada norma.

(BERSAMBUNG KE BAHAGIAN AKHIR)