Inter Milan berjaya mengatasi Atalanta, AC Milan dan Juventus bagi merangkul gelaran Serie A ke-19 mereka dan kami melihat beberapa fakta paling menarik daripada kemenangan bersejarah Nerrazurri.

Inter Milan telah memenangi Scudetto pertama setelah kemarau 11 tahun. Juventus ingin sekali memenangi gelaran Serie A ke-10 berturut-turut tetapi Antonio Conte dan Inter Milan benar-benar mahu menamatkan dominasi mereka apabila berjaya mematahkan hasrat Bianconeri.

Dibarisi pemain seperti Romelu Lukaku, Lautaro Martinez, Achraf Hakimi, Nicolo Barella dan Marcelo Brozovic, Inter Milan berjaya merangkul gelaran dengan baki empat perlawanan.

Skuad Inter bimbingan Conte telah berada di tahap yang berbeza sejak musim 2020-21 apabila mempamerkan aksi konsisten sepanjang musim.

10. Antonio Conte memulakan dan mengakhiri dominasi Juventus dalam Serie A


Antonio Conte mengambil alih Juventus pada 2011 dan menamatkan kemarau sembilan tahun tanpa gelaran Serie A. Dia memimpin pasukan menjuarai tiga gelaran berturut-turut sebelum meninggalkan Juventus.

Dia kembali ke Itali pada 2019 bersama Inter dan kini menamatkan dominasi Juventus dalam Serie A dengan meleburkan monopoli mereka sejak sembilan tahun yang lalu dengan membantu Nerazzurri menjuarai Scudetto.

9. Antonio Conte telah menang lima gelaran liga dalam tujuh musim penuh saingan utama


Antonio Conte membuktikan dia seorang pemenang bersiri. Menang tiga gelaran Serie A bersama Juventus sebelum berhijrah ke Chelsea dan memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada tahun pertamanya. Dia meninggalkan Stamford Bridge selepas dua musim dan mengambil alih Inter. Kini dia telah menjulang gelaran Serie A yang keempat.

8. Inter telah menyamai bilangan mata daripada kemenangan Serie A yang terdahulu


Ketika Inter kali terakhir memenangi Serie A oada 2010, mereka telah memperoleh 82 mata. Mereka telah menyamai mata kemenangan musim ini dengan berbaki empat perlawanan.

7. Inter merupakan pasukan paling kurang tewas dalam liga di Eropah.


Inter hanya tewas dua kali musim ini. Kali pertama hadir ketika derby Milan dan yang kedua kepada Sampdoria Januari lalu.

6. Antonio Conte menjadi pengurus kedua menjulang Scudetto bersama Inter dan Juventus selepas Trapattoni


Antonio Conte kini menjadi pengurus kelima paling berjaya di Serie A setaraf dengan Carlo Carcano. Dia juga merupakan pengurus kedua yang memenangi gelaran Serie A dengan Juventus dan Inter Milan selepas Giovanni Trapattoni.

5. Gelaran Serie A pertama Inter dalam 11 tahun


Inter berjaya memecah monopoli yang dinikmati Juventus dalam Serie A selama sembilan tahun berturut-turut. Nerazzurri kali terakhir memenangi gelaran Serie A pada musim 2009/10 di bawah kendalian Jose Mourinho.

4. Gandingan penyerang Inter berada di tahap yang tersendiri


Romelu Lukaku telah menjadi pemain terbaik Inter musim ini dan dia bekerjasama bersama Lautaro Martinez yang juga memberikan sumbangan besar dalam perjuangan mereka.

Gandingan itu bergabung untuk menjaringkan 36 gol dan memberikan 15 assist musim ini di Serie A. Sementara Lukaku telah menjaringkan 21 gol dan memberikan 10 assist, Lautaro Martinez telah menjaringkan 15 gol dan memperoleh lima assist.

3. Inter memiliki rekod pertahanan terbaik liga


Ucapan Sir Alex Ferguson mengenai pentingnya memiliki bertahan dengan kukuh sekali lagi benar-benar terbukti. "Serang pastikan kemenangan perlawanan, bertahan memastikan kami menjuarai gelaran."

Inter memiliki rekod bertahan terbaik dalam liga, apabila bolos hanya 29 gol dalam 34 perlawanan musim ini. Mereka bolos kurang dua jaringan berbanding Juventus, yang merupakan kedua terbaik dalam liga.

2. Romelu Lukaku menjadi pemain pertama meledak lebih 20 gol dan menghasilkan assist lebih 10 sejak 2004


Ketika Antonio Conte menandatangani Romelu Lukaku dari Manchester United, pendapat yang popular adalah bahawa Inter telah membayar lebih tinggi untuk pemain yang sudah bergelut bersama sebuah kelab besar.

Bagaimanapun, Lukaku telah menutup mulut pengkritiknya setelah mengekalkan aksi konsisten serta kreatif di atas padang sepanjang musim dan telah mencapai angka berganda untuk gol dan assist, menjadi pemain pertama yang melakukannya sejak Opta mula mengumpulkan data.

1. Inter kini kelab kedua paling berjaya di Itali


Inter Milan telah memenangi gelaran Serie A untuk kali ke-19. Mereka kini menjadi kelab kedua paling berjaya di Itali selepas Juventus, memintas Milan yang memiliki 18 gelaran. Juventus telah memenangi 36 gelaran Serie A termasuk sembilan Scudetto berturut-turut dari 2012-2020.