Zola terkejut dengan pelantikan Pirlo di Juventus

Muzaffar Musa
Ogos 10, 2020 03:46 MYT
Gianfranco Zola berkata dia amat terkejut dengan keputusan Juventus melantik seorang ketua jurulatih yang tidak berpengalaman, Andrea Pirlo, selepas memecat Maurizio Sarri.
Pirlo, 41, dilantik sebagai ketua jurulatih baru Juve kelmarin selepas juara Serie A itu memecat Sarri gara-gara disingkirkan Lyon dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Bekas pemain tengah Juve itu, yang sebelum ini dinamakan sebagai jurulatih baru skuad B-23 pasukan berkenaan, mengejutkan ramai pihak apabila dipilih sebagai pengendali pasukan utama di Turin.
Zola, yang bertindak sebagai pembantu Sarri ketika di Chelsea dalam musim 2018-19, berkata kepada Sky Sport Italia: "Saya akan menipu jika katakan bahawa saya tidak terkejut dengan perkara ini.
"Ia amat menarik dan jika projek ini berjaya, ia akan menjadi satu cerita kejayaan yang besar buat kelab ini.
"Ia bukan satu tugas yang mudah memandangkan Juventus mahukan kemenangan dengan cara tertentu.
"Ia satu tindakan yang berani daripada kelab ini dan berdasarkan kualiti yang dimilikinya tetapi Pirlo akan memerlukan sokongan mereka untuk maju ke depan.
"Ia bukan mudah tetapi saya fikir dia mampu untuk mendapatkan kejayaan sebenar," katanya.

Contento e orgoglioso di ricevere tanta stima e fiducia da @juventusfc. Pronto per questa fantastica opportunità! ?⚪️⚫️ . I’m deeply pleased and honored to receive such respect and trust from Juventus. Ready for this amazing opportunity! pic.twitter.com/5zTuLBq3XW

— Andrea Pirlo (@Pirlo_official) August 9, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pirlo meninggalkan Juventus pada 2015 selepas skuad Bianconeri itu, yang memburu gelaran 'treble', ditewaskan 1-3 oleh Barcelona dalam final UCL.
Dia menghabiskan dua tahun bersama kelab Liga Utama Amerika Syarikat (MLS), New York City, sebelum menamatkan kariernya sebagai pemain profesional.
Pemenang Piala Dunia 2oo6 itu menjuarai Serie A sebanyak enam kali, dua Scudetto bersama AC Milan dan empat dengan Juve selain turut memenangi dua gelaran UCL sebagai pemain Rossoneri pada 2003 dan 2007.
#Juventus #Andrea Pirlo #Maurizio Sarri #Gianfranco Zola #Serie A