Stefano Pioli berkata Zlatan Ibrahimovic seperti "singa di dalam sangkar" dalam usahanya untuk kembali daripada kecederaan.

Namun, pengurus Milan tersebut enggan mengambil risiko menurunkan anak buahnya itu untuk pertembungan suku akhir Coppa Italia dengan Lazio, awal pagi esok.

Penjaring terbanyak kelab dalam Serie A musim ini dengan lapan gol itu perlu diketepikan kerana masalah tumit apabila terhincut-hincut dalam separuh masa pertama bertemu Juventus, bulan lalu.

Ketiadaan tonggak berusia 40 tahun itu memberi kesan besar dalam perlawanan 'derby' dengan Inter, hujung minggu lalu, yang menyaksikan Rossoneri hanya mencatat satu percubaan tembatan sebelum dua gol pantas daripada Olivier Giroud melengkapkan kebangkitan dramatik mereka.

Milan akan menyambut kunjungan Lazio dalam pusingan lapan terakhir Coppa Italia di San Siro, tetapi ia masih terlalu awal untuk Ibrahimovic.





Begitupun, Pioli menawarkan maklumat bahawa penyerang itu melakukan segala yang terdaya untuk kembali seberapa segera.

"Zlatan adalah singa di dalam sangkar," katanya kepada Sportmediaset.

“Motivasinya adalah untuk membantu pasukan di atas padang.

"Esok, dia belum sedia lagi; kita akan lihat untuk perlawanan yang seterusnya."