Zlatan Ibrahimovic mendedahkan dia 'tidak pernah menderita sebegitu' seperti yang dialami dalam tempoh enam bulan lalu selepas penyerang Milan itu menjalani pembedahan lutut.

Juara baharu Serie A itu mendedahkan Ibrahimovic akan berehat sehingga lapan bulan berikutan pembedahan pada lutut kirinya.

Ibrahimovic tampil sebagai pemain gantian dalam kemenangan 3-0 ke atas Sassuolo Ahad llau yang mengesahkan Scudetto pertama Rossoneri dalam tempoh 11 tahun.

Penyerang Sweden berusia 40 tahun itu hanya turun 12 kali untuk pasukan kendalian Stefano Pioli musim ini dan dengan kontraknya akan tamat pada akhir bulan depan, masa depannya mula menjadi persoalan.

Ibrahimovic semalam mendedahkan tentang kesakitan yang dialaminya tahun ini
.
“Selama enam bulan lalu saya bermain tanpa ACL di lutut kiri saya,” katanya di Instagram.

“Lutut bengkak selama enam bulan. Saya hanya dapat berlatih bersama pasukan sebanyak 10 kali dalam tempoh enam bulan lalu.

"Mengambil lebih daripada 20 suntikan dalam tempoh enam bulan. Mengosongkan lutut sekali seminggu selama enam bulan. Ubat penahan sakit setiap hari selama enam bulan.

"Hampir tidak tidur selama enam bulan kerana kesakitan. Tidak pernah menderita begitu banyak di dalam dan di luar padang. Saya membuat sesuatu yang mustahil untuk sesuatu yang mungkin.

"Dalam fikiran saya, saya hanya mempunyai satu objektif, untuk menjadikan rakan sepasukan dan jurulatih saya juara Itali kerana saya telah berjanji. Hari ini saya mengalami kecederaan ACL dan satu lagi trofi."

A post shared by Zlatan Ibrahimović (@iamzlatanibrahimovic)