Ziyech di bawah radar Milan

Shaiful Shamsudin
Disember 25, 2021 03:55 MYT
Milan dilaporkan berminat untuk memancing pemain sayap Chelsea, Hakim Ziyech, ke Serie A, menurut Calciomercato.
Ziyech telah beraksi sebanyak 18 kali dalam semua kejohanan musim ini -- penampilan ke-10 terbanyak dalam kem The Blues -- dengan 13 daripadanya adalah pemain utama, tetapi kelab Itali itu berasakan berpeluang untuk menyambar sentuhannya.
Pemain berusia 28 tahun itu, yang terpinggir dalam senarai skuad Maghribi untuk Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), telah terlibat secara langsung dalam tujuh gol -- tiga gol dan empat bantuan jaringan -- satu jumlah yang lebih baik tetapi diatasi Jorginho (8), Mason Mount dan Reece James (kedua-duanya 11).

'Just do it, don't be afraid.' ?‍♂️ Hakim Ziyech discusses creativity in the final third in our latest episode of ‘Like A Pro’!

— Chelsea FC (@ChelseaFC) July 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Chelsea #Serie A #EPL