Zidane tiada khuatir jadual padat LaLiga

Shaiful Shamsudin
Jun 24, 2020 04:35 MYT
Zinedine Zidane menganggap Real Madrid akan menelan apa jua jadual padat yang disusun untuk mereka di sebalik merungut kepada LaLiga.
Isnin lalu, Los Blancos membuat aduan kepada LaLiga berikutan jadual untuk perlawanan ke-33 dan 34 musim ini menyaksikan mereka mempunyai rehat kurang dari 72 jam di antara pertemuan Getafe dan Athletic Bilbao.
Madrid berasakan ia membuat mereka tidak mempunyai kelebihan berbanding juara bertahan, Barcelona, ​​yang diberi rehat selama lima hari di antara perlawanan menentang Atletico Madrid dan Villarreal.
Namun, Madrid didapati mempunyai tempoh rehat lebih lama --- 26 jam secara keseluruhannya -- daripada Barca hingga perlawanan ke-35, dan bertanya apakah dia berasakan keluhan kelab itu kepada adil LaLiga adil, Zidane menegaskan dia memberi fokus sepenuhnya untuk mempersiapkan pasukannya bagi menghadapi perlawanan seperti sekarang.
"Semua orang melakukan tugas mereka di sini, saya melaksanakan bahagian saya. Saya mempunyai pendapat sendiri, mengenai jadual, pengadil, pasti akan ada sesuatu yang boleh dibangkitkan," kata pengurus berusia 48 tahun itu kepada sidang media menjelang pertembungan Madrid dengan Mallorca awal pagi esok.
"Tugas saya sudah cukup rumit. Tumpuan saya terarah kepada perlawanan esok (awal pagi ini). Ia ibarat aksi perlawanan akhir, ada lapan perlawanan yang harus dilalui dan ia sangat penting. Inilah menarik perhatian saya.
"Jadual sudah pun keluar, apa yang harus kami lakukan sebagai sebuah pasukan adalah hanya memikirkan untuk berehat. Jadual sudah pun disusun, 11 perlawanan dalam tempoh yang singkat dan kami harus menjaga perincian ini."
Wujud konspirasi bahawa ada gerakan yang cuba mengekang kejayaan Los Blancos musim ini.
"Saya tidak tahu. Madrid adalah kelab penting yang sering menjadi topik pada setiap hari.
"Semua orang boleh melontarkan ulasan. Pada akhirnya, ini bukan soal itu. Saya tidak memikirkan sama ada betul atau salah. Setiap orang melakukan tugasan memasing-masing, itu adalah tugas yang sukar.
"Saya hanya memikirkan untuk membuat persiapan dengan baik. Itulah yang menarik perhatian kami, tiada yang lain."

All ? on the ⚽... and @RCD_Mallorca!#RMCity | #HalaMadrid pic.twitter.com/kafEYhQokE

— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) June 23, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Madrid mengatasi Real Sociedad hujung minggu lalu -- dengan pertolongan video bantuan pengadil (VAR) -- untuk mengambil alih puncak LaLiga menerusi kemenangan 2-1 di Anoeta.
Eden Hazard merupakan pemain gantian yang tidak digunakan di Basque Country sementara Sergio Ramos pula terpinggir akibat kecederaan lutut, lantas Zidane menunggu kedua-duanya bersedia untuk pertembungan selanjutnya.
"Kami akan lihat itu esok, ada banyak perlawanan lagi dalam tempoh beberapa hari akan datang dan pemulihan mereka penting," katanya.
"Kita akan lihat kelak, ini adalah proses hari ke hari. Kami tidak melakukan banyak perkara hari ini, kami akan melihatnya esok."
#Real Madrid #Zinedine Zidane #LaLiga