Zinedine Zidane mengesahkan bintang muda, Kylian Mbappe, menolak tawaran ke Real Madrid untuk kekal bersama Monaco selepas dia menjadi tajuk utama di atas persembahannya musim ini.

Pada Disember lalu, pemain berusia 18 tahun itu mendkwa telah bertemu Zidane pada 2013 untuk menyertai akademi Real, namun memilih untuk terus kekal di Stade Louis II.

Dia membuat penampilan pertamanya pada 2015 dan terus mencipta nama bersama Monaco, menjadi pemain termuda dalam tempoh 30 tahun untuk menjaringkan 10 gol dalam saingan Ligue 1.

"Mbappe hampir menandatangani kontrak untuk Real Madrid tetapi memilih untuk bersama Monaco," kata Zidane.

"Kami menyedari dia adalah pemain yang berkualiti, apa yang mampu dilakukannya amat menakjubkan."

Mbappe menerima panggilan pertama untuk menyertai skuad kebangsaan Perancis buat pertama kali, dengan rakan senegaranya, Raphael Varane, tidak dipilih oleh ketua jurulatih, Didier Deschamps, untuk menghadapi perlawanan berdepan Luxembourg dan Sepanyol, kerana pertahanan Real itu masih dalam pemulihan daripada kecederaan hamstring.

"Saya tidak berasakan dia sudah bersedia untuk beraksi untuk Perancis kerana masih belum pulih sepenuhnya. Langkah terbaik adalah untuk Varane meneruskan proses pemulihan."