Zidane kehilangan abang

Penulis Jemputan
Julai 14, 2019 03:05 MYT
Real Madrid mengesahkan abang Zinedine Zidane, Farid, meninggal dunia.
Zidane meninggalkan kem latihan kelab di Montreal, Kanada, kelmarin disebabkan urusan peribadi sambil Madrid mengumumkan beliau tidak akan mengikuti kempen pra-musim itu untuk tempoh yang tidak ditentukan.
Los Blancos bertafakur selama seminit sebelum memulakan latihan semalam sebaik dimaklumkan tentang kematian Farid, 52.
Penolong Zidane, David Bettoni, akan menggalas tanggungjawab ke atas pasukan utama sehinggalah pengurus itu kembali.